Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding
oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah
bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di
depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam
tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu
bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.
Suatu hari anak
ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti
bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang
melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk
terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan
dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat
bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu
terkeluar dari tempatnya.
Entah macam mana ada pulak bangkai
seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan
bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.
"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"
Blog YouLawak Ini Bertujuan Untuk Buatkan Hidup Anda Hari Ini Lebih Ceria Dari Semalam... Errr
Search This Blog
Total Pageviews
Geng-geng Regular YouLawak: mystaz, dballmaster, kryst3L, miss(sitihsa), zackjb88, mimiey95, ekal, mfaiz, nucart, ArmadaLog, Blade2982, Fiqryezan, Muskqim, hyuga5, R3x4raider, zamm90, pocee, Mrjohnny96, hanie3589.
Kawan-kawan Chatango: lily, haikal, sn0wflurry, pr00ne, kebanggaanmasa, inahappy, abgokje(abgbusat @ idhamamin), Milkyteddygurl, haninabila, oldcock, bixs, syasyamira, boogiestu, encemlagibesar, balakbesar, jiwarabak, imskodeng, ayeep, izzatt, Arell, gtrNismo, darkclan2, ziex8, Tidakpilus, cibeng, ramli, dani, misstake, dragon.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment