Search This Blog

Total Pageviews




Geng-geng Regular YouLawak: mystaz, dballmaster, kryst3L, miss(sitihsa), zackjb88, mimiey95, ekal, mfaiz, nucart, ArmadaLog, Blade2982, Fiqryezan, Muskqim, hyuga5, R3x4raider, zamm90, pocee, Mrjohnny96, hanie3589.


Kawan-kawan Chatango: lily, haikal, sn0wflurry, pr00ne, kebanggaanmasa, inahappy, abgokje(abgbusat @ idhamamin), Milkyteddygurl, haninabila, oldcock, bixs, syasyamira, boogiestu, encemlagibesar, balakbesar, jiwarabak, imskodeng, ayeep, izzatt, Arell, gtrNismo, darkclan2, ziex8, Tidakpilus, cibeng, ramli, dani, misstake, dragon.

Friday, October 31, 2014

SIAPA PEROMPAK SEBENAR?


Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: 

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan
senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang
lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda
dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak
wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting
daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk
keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan.
Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah
lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil
dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?

Wednesday, October 29, 2014

MELAPOR ISTERI HILANG

Seorang suami membuat laporan di balai polis ttg kehilangan isterinya :

Suami: Isteri saya keluar rumah dari siang tadi tapi sehingga jam 9 mlm tadi dia belum pulang ke rumah... (dgn nada kerisauan)

Inspektor : Pukul berapa keluar rumah?

Suami : Saya tak perasan tetapi sebelum makan tengahari rasanya..

Inspektor : Umur isteri?

Suami : Oh.. Umur? Mmm tiga puluh... Tiga puluh dua...

Inspektor : Berapa ketinggian isteri?

Suami : Tak pasti tapi ketinggian dia paras bahu saya

Inspektor : Kurus atau gemuk?

Suami : Err.. tak kurus juga. Sederhana rasanya.

Inspektor : Warna kulit?

Suami : Mmm... agak cerah

Inspektor : Warna rambut?

Suami : Dia selalu tukar warna rambut jadi saya tak ingat. Maaf...

Inspektor : Pakaian yang isteri pakai semasa keluar rumah?

Suami : Tak ingat tuan. Tapi biasanya blouse dan seluar

Inspektor : Warna baju?

Suami : Tak perasan tuan..

Inspektor : Dia memandu kenderaan semasa keluar rumah?

Suami : Ya betul. Kereta saya..

Inspektor : Boleh bagi nombor kereta, jenis, warna, spesifikasi?

Suami : Spesifikasi? Ok... BMW F30 model 335i M Sport  Coupe keluaran facelift 2013. Nombo plet BJL 335. Asal warna Sophisto Grey tapi saya dah wrap minggu lepas Frozen Blue Monte Carlo. Bumbung, cover cermin, spoiler belakang dan skirting carbon fiber... Rim BBS model CHR limited edition depan 19 inci lebar 8.5inci rim belakang 20 inci lebar 9.5 inci. Tayar depan belakang Pirelli P Zero Corsa buatan Itali... Brek Brembo Signature caliper warna emas... Cermin kereta jenama V Kool model Deluxe tinted cermin depan telus cahaya 70%, cermin belakang tinted telus cahaya 50% dan cermin kiri dan kanan telus cahaya 40%. Semua cermin tahan ultra violet 97%. Boleh pakai Smart Tag. Exhaust Supersprint. Bumper depan ada kemek sebesar duit 10sen kena langgar kapcai pada hari raya China kedua dan jugak ada sikit calar sepanjang 2.5inci di diffuser belakang. Kereta baru saya wax 6 lapis pakai Meguairs Carnauba Wax Platinum di Cars International Mid Valley 2 hari lepas.

….dan tiba-tiba si suami menangis...

Inspektor: Jangan sedih encik. Saya akan cari BMW encik...

Monday, October 27, 2014

APA ITU MARKETING?


Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampirinya dan berkata, "Aku adalah orang kaya.. kahwinlah dengan aku."
=Itu adalah DIRECT MARKETING.

Jika anda berada di sebuah pesta dengan kawan-kawan anda dan bertemu dengan seorang gadis cantik. Salah seorang kawan anda menghampiri gadis itu dan berkata, lihatlah jejaka itu (sambil menunjuk anda). Ia sangat kaya, kahwinlah dengan dia."
=Itu adalah ADVERTISING.

Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampiri dan meminta nombor telefonnya. Keesokan harinya anda menelefonnya dan mengatakan, "Hi.. aku sangat kaya, kahwinlah dengan aku."
=Itu adalah TELEMARKETING.

Anda tengah berada d sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda membetulkan tie, berjalan ke arahnya dan menawarkan minuman. Anda membukakan pintu untuknya saat menghantar pulang dan berkata, "Aku sangat kaya, mahukah kau kahwin dengan aku?"
=Itu adalah PUBLIC RELATIONS.

Anda tengah berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Ia berjalan ke arah anda dan mulai merayu, "Kau sangat kaya rupanya."
=Itu adalah BRAND RECOGNITION.

Anda berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda mendekatinya dan berkata, "Aku sangat kaya, Kahwinlah dengan aku." Lalu ia menampar muka anda.
=Itu adalah CUSTOMER FEEDBACK

Saturday, October 25, 2014

KISAH SERAM


Kisah seram selepas kematian kawan abang minggu lepas..
Hampir setiap malam adik dia diganggu oleh roh abang dia dalam mimpi. Jadi dia berjumpa seorang bomoh di hujung kampung. Bomoh tu berkata bahawa roh abang dia tak tenteram, banyak sangat benda yang dia rindu atau barang kepunyaan dia masa hidup.

Jadi nak bagi roh abang dia aman, bomoh mencadangkan dia buat patung atau barang replika diperbuat dari kertas dan bakar di pusara abang dia. Jadi banyaklah replika harta dibuat..kereta,isteri, wang, rumah, jam tangan, PS3 dan akhirnya handset mahal yang baru dibeli olehnya sebelum mati. Selepas dibakar adiknya tidur pada belah malam tidak lagi diganggu oleh roh abang. Tiba-tiba handset adik dia berbunyi..dapat mesej dari abang dia yang sudah tiada..agak berdebar-debar dibuatnya..tertulis pesanan ringkas lalu dibaca



Adik, charger handsetnya mana?

Thursday, October 23, 2014

TAKTIK ELAK SAMAN HAD LAJU


Seorang polis menahan seorang pemandu kereta kerana memandu melebihi had laju.


Polis: Encik mintak lesen....

Pemandu: Saya tkde lesen ,..lesen saya dah digantung masa saya didakwa memandu mabuk untuk kali ke lima.

Polis: Mintak road tax kereta ni..

Pemandu: Ni bukan kereta saya...saya curi kereta ni.

Polis: Ni kereta curi???

Pemandu: Ya betul...tapi saya terpikir tadi saya macam nampak road tax kete ni kat laci dashboard masa saya simpan pistol saya dalam tu.

Polis: Ada pistol dalam laci dashboard!!!!!!!

Pemandu: Ya betul..saya letak disitu selepas saya tembak pemilik kereta ni dan mayat nya saya letak kat bonet belakang.

Polis: Ada MAYAT dalam bonet!!!!!!

Pemandu: Ya betul Tuan..


Setelah mendengar kesemuanya polis tersebut menghubungi ketua polis nya. Dan dengan segera kereta tersebut telah di kepung dan ketua polis menghampiri pemandu tersebut.

Ketua Polis: Encik ..boleh mintak lesen memandu?

Pemandu: Boleh..ini dia ..lesen memandu sah saya.

Ketua Polis: Ini siapa punya kereata.

Pemandu: Saya yang punya ini road tax kereta ini.

Ketua Polis: Boleh encik perlahan-lahan buka laci dashboard ini supaya saya boleh tengok jika ada pistol didalam.

Pemandu: Boleh Tuan..tetapi tiada pistol didalam...

Ketua Polis: Bolehkan tolong buka bonet kereta belakang ini? Tadi encik penah berkata bahwe ada mayat didalamnya.

Pemandu: Takde masalah...bonet dah dibuka...tapi mana ada mayat didalamnya.

Ketua Polis: Saya kurang faham ini...polis sebentar tadi yang menahan kamu berkata..kamu tidak ada lesen , kereta ini kamu curi, kamu memiliki pistol yang di simpan di laci dashboard dan ada mayat yang dibunuh oleh kamu di simpan di bonet kereta kamu.

Pemandu: Ha yeke...kalau macam tu mesti si penipu besar t u pun ada bagitau tuan yang saya ni memandu melebihi had jugak.. PENIPU!!!

Tuesday, October 21, 2014

PENGEMIS


Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : "Sudah lama mengemis di sini pakcik?"

Pengemis : "Ya... lebih kurang 8 tahun, nak.." 

Mahasiswa : "Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?"

Pengemis : "Paling sedikit RM50.00 nak ..."

Mahasiswa : "Banyak juga ya pakcik"

Pengemis : "Bolehlah nak, untuk keluarga..."

Mahasiswa : "Ehhhh...keluarga ada di mana?"

Pengemis : "Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang..."

Mahasiswa : "Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni... boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?"

Pengemis : "Tak arrrrrr.... semuanya mengemis seperti pakcik..."

Sunday, October 19, 2014

LOGIC THINKER


Pada suatu hari di suatu gerai makan, masuklah seorang berpakaian smart (panggil Ajoi jer ek..) dan minum di gerai tersebut.


Tauke warung tersebut (Wak Radin) yg boring takde pelangan lain mengajak Ajoi berbual.. 

Wak Radin: Apa Pekerjaan Bapak? 

Lalu Ajoi itu jawab: “Ooooo saya adalah seorang Logic Thinker”. 

Wak Radin pelik dan bertanya: “Logic thinker? Kerja aper tu?” 

Ajoi menjawab: Susah nak terangkannya, bukan pekerjaan yg biasa, tapi saya akan beri Wak satu contoh ok? 

Wak Radin: OK! 

Ajoi: Ok mula-mula – Apakah Wak punya akuarium? 

Wak Radin: O ya saya ada akuarium yg besar di rumah. 

Ajoi: Ok kalau Wak ada akuarium, logiknya Wak ada ikan. 

Wak Radin: Yup saya ada ikan macam-macam jenis. 

Ajoi: Kalau Wak ada ikan, pasti Wak sayang binatang. 

Wak Radin: O ya betul sekali saya sangat sayang pada binatang. 

Ajoi: Kalau Wak sayang binatang, apalagi pada anak anda! Anda pasti sangat menyayangi anak anda. 

Wak Radin: Betul sekali (suka) saya mencintai anak saya lebih dari ikan. 

Ajoi: Inilah logiknya, jika Wak ada anak, pasti Wak ada isteri. 

Wak Radin: Mestilah, saya memang ada isteri yg cantik jelita. 

Ajoi: Tentu saja saya tahu karena itu semua hanya logik jer. OK sekarang pertanyaan terakhir, jika anda ada isteri dan anak, bererti anda tidak mati pucuk! Betul? 

Wak Radin: 100% betul saya tidak mati pucuk. 

Ajoi: Hmm begitulah lebih kurang logic thinker itu. 

Wak Radin: Ooo begitu ek? Wak faham sekarang (sambil takjub). 

Setelah pelangganya itu pergi, datanglah kawannya dan Wak bertanya: 

Kawan: Aku tgk Wak borak bukan main rancak, citer aper? 

Wak Radin: Ooo tadi saya berbual pasal kerjaya Logic Thinker. 

Kawan: Apa itu Logic Thinker? 

Wak Radin: Begini saya terangkan (muka konfiden giler). 

Pertama-tama saya tanya dahulu, Ko ada akuarium tak? 

Kawan Wak : Takde, naper? 

Wak: (berkata dgn keras dan pasti) BERERTI ANDA MATI PUCUK!!!

Friday, October 17, 2014

JERUK MANGGA CIKGU LINA


Al-kisah tentang pelajar tahun enam di sebuah sekolah rendah yang menyambut hari guru. Masing - masing berebut - rebut nak memberi hadiah kepada cikgu kesayangan mereka, Cikgu lina.

Apabila loceng tamat kelas dibunyikan, beraturlah murid tahum Enam Gigih untuk memberi hadiah kepada guru kesayangan mereka itu. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah.

Tibalah giliran Leha, ketua kelas, dengan kotak yang bersaiz besar dan cantik, lain dari yang lain menghulurkan hadiah tersebut kepada Cikgu Lina.

Tapi sebelum itu, sambil tersenyum simpul si Leha meminta cikgunya meneka isi kandungan kotak itu.

Maka jenuhlah Cikgu Lina meneka. Bermula dengan kek sampailah kepada lampu tidur, semuanya disambut dengan gelengan kepala si Leha tanda salah.

Dengan tidak semena - mena, ada cecair yang meleleh dam menitis dari bucu kotak itu. Dengan lajunya, Cikgu Lina mencalit titisan cecair itu dengan jarinya lalu memasukkan kedalam mulutnya dan merasa..
"Hmmmm.....masam. ...ha.... cikgu tau dah...kamu hadiahkan ccikgu jeruk mangga ye. Mana kamu tahu favourite cikgu ni? Pandainya...

"Errrr....sebenarnya kan cikgu...saya hadiahkan cikgu ANAK KUCING," terang Leha sambil bersedia nak blah......

p/s: Sadis tol...cikgu dia rasa apa??

Wednesday, October 15, 2014

BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT SIGNAL HANDPHONE FULLBAR


Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!


Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 014, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.

Caranya ( Perhatian sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!

*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.





atau periksa otak anda....
wahahahahahah

Monday, October 13, 2014

KENAPA AKU LETIH BEKERJA?


Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :


Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku:



Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang.



Dari baki tadi 1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang.



Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.



Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.



Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....



Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.



Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....



Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...



Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...



Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...



Mana tak letih!!



Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!



P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.



Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak.

Saturday, October 11, 2014

DUA BANGLA YANG SENGAL


Cerite brmula di satu station minyak. Di station minyak nie ada 2 org pekerja bangla yg tau cakap melayu skit, omputih skit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro. Sorg tu namanye Majid & seorg lg namanye Iqbal.

Pd satu arie berhenti sebuah kete mewah, mercedes utk mengisi minyak.Pemandu kete tu seorg Pak Arab. Kebetulan pula minyak di pam minyak tu dah abis, nie yg membuatkan Iqbal poning kepalo nak bgtau pd Pak Arab tu yg minyak dah abih. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa melayu, cuma tau omputih skit & bahasa arabnye ler..

Iqbal bgtau PakArab tu sambil menyebut "fuel" & dsusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abih, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham.

Iqbal coba lg sekali dgn menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala, tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!..Iqbal tak tau nak wat camner..dia pon gi kat Majid utk menerangkan situasi sebenar.

Mereka bercakap dlm bahasa bangla, & bunyiknye cam nie..

Iqbal : Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih..

Majid : ala...ko cakap je la..minyak dah abih..

Iqbal : dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakapomputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..

Majid : Aku pun tak tau gak cakap omputih..

Iqbal : ala..ko tolong ler aku..

Majid : ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..

Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata;"

Fuel!, Sodoqallah'hul.-.azim",

baruler..Pak Arab tu paham & teros blahhh....