Search This Blog

Total Pageviews




Geng-geng Regular YouLawak: mystaz, dballmaster, kryst3L, miss(sitihsa), zackjb88, mimiey95, ekal, mfaiz, nucart, ArmadaLog, Blade2982, Fiqryezan, Muskqim, hyuga5, R3x4raider, zamm90, pocee, Mrjohnny96, hanie3589.


Kawan-kawan Chatango: lily, haikal, sn0wflurry, pr00ne, kebanggaanmasa, inahappy, abgokje(abgbusat @ idhamamin), Milkyteddygurl, haninabila, oldcock, bixs, syasyamira, boogiestu, encemlagibesar, balakbesar, jiwarabak, imskodeng, ayeep, izzatt, Arell, gtrNismo, darkclan2, ziex8, Tidakpilus, cibeng, ramli, dani, misstake, dragon.

Saturday, August 30, 2014

KISAH MALAM PERTAMA


Ahmad dan Sue baru saja bergelar suami isteri tgh hari tadi..

Jadi pada malam nie, mereka akan disatukan pula di atas K...L (p.k sendiri la)...

Sepanjang percintaan mereka sampai la ke jinjang pelamin, isteri nya (Sue) tak pernah tahu pon yang ahmad ni sebenarnya kudung sebelah kaki..Ahmad kudung kaki sebelah kiri kerana mengalami kemalangan..Selama 5 tahun Ahmad menyimpan rahsia ni kerana dia takot Sue tak dapat menerimanya sebagai kekasih hati.

Jadi pada malam tersebut bermula lah episode seram bagi Sue...

Ahmad : Yang, tinggalkan lah semua hadiah2 tu, esok kita bukak la..abang dah ngantok la sayang...

Sue : hye bang, baru kul 8 da ngantok,dulu time bercinta pukul 3 pagi pon mata abang segar lagi. (sambil ketawa)

Ahmad : dulu lain yang..dulu mata boleh tahan, skrg mata abang dah tak leh tahan..haha...

Ahmad menarik tangan sue lalu membawa isterinya ke kamar baru mereka.....

Sampai saja dalam bilik, Ahmad terus menolak isterinya ke atas katil dan terus menutup lampu bilik (ganas gak Ahmad ni) huhu

Bilik Ahmad dan isteri bersebelahan dengan bilik ibu-bapa Sue..
jadi tak heran la kalau mereka bergurau senda ibu dan bapa Sue pon boleh dengar, bukan ape..bilik dorang ni dinding papan jer.

Jadi ini lah kemuncak cerita mereka berdua..

Ahmad : Baby Are u Ready..?? haha (gelak ghairah)

Sue : im alwayz ready darling..hahaha (Gelak Besar)

Sampai terkejut org tua Sue dengar anaknya ketawa besar.

Ayah Sue : Suka betol anak awak tu..

Mak Sue : macam saya dulu2 la bang..huhu

Ayah Sue : tapi awak dulu suke menjerit kuat2.! malu saya..harap2 anak awak tak menjerit macam awak dah la.! hahaha

Mak Sue : mau tak jerit, awak pon tau sebab aper.! huhuhu

Sambil ibu dan ayah Sue bersembang..Tiba2 mereka dikejutkan dengan jeritan Sue....

Sue : Tak nak2....tak nak2..!! Waaaaaaa.....Mak Tolong..!!!Tolong Sue....Sue Tak nak,tak nak..!!!!!!!!Tolong la mak...Abang Ahmad "SATU" Kaki..

Mendengar lolongan Sue tadi..mak Sue buat bodoh jer macam takder aper2 yang berlaku...sambil tersenyum mak Sue pon menjerit pada Sue

Mak Sue : Elehh Sue...rileks la...abah ko "PUNYE" "Tiga" kaki lebih kot...steady jer mak hadap..takder pon menjerit macam ko ni..! Tahan jerla.!!! Tak yah nak jerit kuat2.!! hahaha...

Oleh yang demikian lolongan Sue lgsg tak diendahkan ibu bapa Sue..

Ibu bapa Sue masing2 ketawa berdekah2..dan soalan terakhir yang ibu Sue tanye pade suaminya adalah.....

Mak Sue : bang, satu kaki tu panjang sangat ke.?? hahahahaah..sampai melolong anak awak tu...hahaha...

Ayah Sue panjang la kot bagi Sue..Sue kan tak pernah kena..!! Hahahaahhahah


Sue : kenapalah mak bapak aku tak faham maksud satu kaki ni..???ape yang dorang p.k.??? 


Sampai kesubuhlah mak bapak Sue tak tau aper yang anak mereka maksudkan...

Thursday, August 28, 2014

KEK HARI JADI


Seorang lelaki dengan tergesa2 telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. 

"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk persembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera! di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Tuesday, August 26, 2014

SEMUA SAME AJE!!!


Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.


Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"

Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor , datuk aku mati pada masa tu".



Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?"

Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina , Burma , Vietnam , semua sama aje!"



Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.



"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.



"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.



"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.



"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje....!"

Sunday, August 24, 2014

BAHASA INGGERIS


Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.

Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. 

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B. Inggeris tu!!

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu : "OK boy, did you get the words?"

Budak : "Yes, teacher".

Cikgu : "Good, what is your first word?"

Budak : "Shut up you!!"

Cikgu : "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Budak : "Superman !!!"

Cikgu : "Bloody fool! Get out from this class!"

Budak: "Ladies First!!"

Thank you

Friday, August 22, 2014

UCAPAN YANG MEMPENGARUHI SEJARAH


Berhati-hatilah dengan ucapan kerana mungkin dapat mempengaruhi sejarah!

Pada 20 Julai 1969, Komandan Apollo 11 Lunar Module, Neil Armstrong terkenal sebagai manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan. Kata-kata pertamanya setelah menjejakkan kaki adalah; "That's one small step for man, one giant leap for mankind"

Kata-kata tersebut disiarkan kepada jutaan penonton TV di seluruh bumi. Tetapi seketika sebelum dia kembali mendarat di bumi, dia membuat ucapan yang cukup misteri; "Good Luck Mr. Gorsky".

Pada saat itu orang-orang di NASA berpendapat ia hanya semacam sindiran halus kepada pesaing mereka iaitu angkasawan Soviet. Namun setelah disiasat tidak ada nama Gorsky pada angkasawan Amerika mahu pun Soviet. Bertahun-tahun setelah itu ternyata masih ramai masyarakat yang penasaran dan mempersoalkan erti kata Armstrong "Good luck Mr. Gorsky".

Setiap kali ditanyakan, Armstrong hanya tersenyum penuh makna.

Pada 5 Julai 1995 di Tampa Bay, Florida, pada wawancara seumpama pidato, seorang wartawan kembali mengajukan pertanyaan yang sudah berusia 26 tahun itu kepada Armstrong. Saat itulah, pada akhirnya Armstrong menjawab pertanyaan itu. Disebabkan Mr. Gorsky telah meningal dunia sehingga Armstrong merasa tidak menjadi masalah jika dia menjawab pertanyaan itu.

Cerita bermula di tahun 1938 ketika Armstrong masih kanak-kanak, ia sedang bermain bola dengan jirannya di halaman belakang rumah. Suatu ketika, temannya menendang bola terlalu kuat sehingga bola itu mendarat dihalaman sebuah rumah yang tidak jauh dari situ, dan berada betul-betul di bawah jendela bilik tidur. Sang empunya rumah adalah Mr dan Mrs Gorsky.

Ketika Armstrong kecil sedang merangkak mengambil bola tersebut. Dia mendengar jeritan Mrs. Gorsky sedang marah ke Mr. Gorsky. Dan jeritan itu yang membuat Armstrong yang masih kecil tidak boleh melupakannya seumur hidup.

"Sex! You want sex?! You'll get sex when the kid next door walks on the moon!"

Thursday, August 21, 2014

MENGHASILKAN BUNYI DARI PENSEL

Wednesday, August 20, 2014

KISAH 3 SAHABAT


Ada 3 orang sahabat, mereka pergi berjumpa dengan dewa untuk meminta agar dewa tersebut menunaikan hajat masing2 untuk memuaskan nafsu mereka yang berlainan.

Setelah berjumpa, DEWA telah mengenakan syarat iaitu mereka boleh meminta apa saja asalkan mereka sanggup untuk berada di dalam gua selama 10 tahun.

Maka mereka pun bersetuju dan mereka pun menjelaskan permintaan mereka kepada dewa tersebut.

Sahabat pertama merupakan kaki botol lalu beliau telah meminta arak yang banyak.

Sahabat kedua merupakan kaki perempuan maka beliau pun meminta perempuan yang cantik-cantik.

Sahabat ketiga pula merupakan perokok yang hardcore lalu meminta bekalan rokok yang banyak.

Selepas itu dewa pun bersetuju untuk menunaikan permintaan mereka. lalu masuklah ketiga2 sahabat itu kedalam gua masing2 untuk menikmati permintaan yang telah mereka minta tadi... setelah 10 tahun berlalu maka tibalah masa mereka bertiga untuk keluar..

Sahabat pertama keluar dengan keadaan yang sangat mabuk dan perut boroi giler kerana terlalu banyak minum arak. beliau pun berkata kepada DEWA "Terima kasih la dewa!".

Sahabat kedua keluar dengan keadaan lembik dan tidak bermaya kerana hari2 melayan perempuan2 yang cantik2. beliau pun berkata "Terima kasih la DEWA".

Sahabat ketiga juga keluar tetapi dengan keadaan marah dan berkata "siot you la DEWA!!! bagi rokok tak bagi lighter"...

WEI, MESTI TENSION SAHABAT KETIGA TU... 10 TAHUN TAK HISAP ROKOK ...

AJAK KAMBING LAWAN TANDUK

MENGANTUK

BAKAL PERENANG DUNIA

DRAMA PENDEK KUCING & ANJING

Tuesday, August 19, 2014

ANJING DAN CERMIN

KUCING TANGKAP IKAN

MENARI SAKAN

Monday, August 18, 2014

BERDIRI SEJAK 1918


Di daerah terpencil sebuah desa terdapat seoarang gadis dan pemuda miskin yang baru kahwin tetapi tidak dapat menikmati malam pertama mereka. Ini ceritanya:

Sarmini seorang gadis yg sangat miskin, seumur hidupnya belum pernah memakai bra (coli). Tetapi kerana dia sudah berpacaran , dia belajar menggunakannya. 

Tak lama kemudian Sarmini dinikahi oleh seorang pemuda bernama Zaini, pemuda miskin yang juga sekampung dengannya.

Untuk persiapan perkawinannya, ibu Sarmini menjahit bra dan seluar dalam untuk Sarmini. Tetapi kerana tidak ada duit, ibunya membuatkan bra dari bekas beg baja urea dan kain sepanduk pilihan raya untuk seluar dalamnya.

Pada malam pertama, ketika sedang bermesraan, tiba-tiba Zaini suami Sarmini jatuh pengsan kerana terkejut melihat bra isterinya bertuliskan, ‘BERAT BERSIH 25 KG, HATI-HATI BERACUN’. Sedangkan di seluar dalamnya bertuliskan, ‘CUKUP DIPEGANG, JANGAN DIKOYAKKAN’. 

Dan kisah penderitaan orang susah yang tidak dapat menikmati malam pertama pun berlanjutan. Kerana keesokan harinya, tiba giliran Sarmini yang pengsan kerana melihat seluar dalam suaminya yang diperbuat dari bekas sepanduk jamu Nyonya Meneer yang bertuliskan, ‘BERDIRI SEJAK 1918’.

CAK MEOW CAK! [VIDEO]

FLYING KICK LEMBU

Sunday, August 17, 2014

LAGU LOBANG KOREK [VIDEO]

Saturday, August 16, 2014

TERKENA


Dua buah kereta terlibat dalam satu pelanggaran kuat.. Kereta remuk teruk tapi kedua-dua pemandu tidak luka walau sedikit pun. Pemandu kereta pertama seorang lelaki dan pemandu kereta kedua seorang perempuan... 

Pemandu perempuan : "wow hebat.... saya perempuan dan awak lelaki.. kita terlibat dalam pelanggaran kuat... kereta remuk tapi kita tidak luka sedikit pun"

Pemandu lelaki : "Ye... ajaib sekali"

Pemandu perempuan : "Kita patut meraikan peristiwa ini sebaik-baiknya.. Kita patut jadi kawan mulai hari ini"

Pemandu lelaki : "Ye... boleh boleh.. sebagai tanda syukur selamat dari kemalangan ini.. kita patut jadi kawan..."

Lalu pemandu perempuan itu terpandang sebotol arak didalam keretanya dan berkata..

Pemandu perempuan : "Nah... tengoklah... walaupun kereta remuk.. tapi botol arak yang baru saya beli tadi itu tidak pecah... mari kita raikannya dengan meminum bersama-sama"

Pemandu lelaki : "Ayuh... jangan tunggu lagi"

lalu pemandu perempuan mengambil botol arak dan memberikannya kepada pemandu lelaki dan berkata "Silakan minum..."

Pemandu lelaki mangambil botol tersebut.. mengongcangkannya dan membuka penutup botol dan berkata kepada pemandu perempuan..

Pemandu lelaki : "Awak minum dulu...."

Lalu pemandu wanita mengambil botol arak itu... meminumnya beberapa teguk... dan memberi kepada pemandu lelaki pula... dan berkata 

Pemandu perempuan : "Giliran awak pula"

Pemandu lelaki : "Maaf.. saya sebenarnya sedang menunggu polis datang"

Thursday, August 14, 2014

RASUAH


Ketika satu majlis perkahwinan di gereja, seorang pengantin lelaki menghampiri paderi lalu membuat satu tawaran. 

“Saya akan bagi $100 jika awak boleh ubah sikit ikrar perkahwinan. Bila awak baca sampai bahagian yang mana saya sepatutnya berjanji untuk mencintai, jujur, taat dan sentiasa mempercayai isteri saya, boleh tak awak abaikan saja bahagian itu.” 

Dia memberikan paderi itu $100 lalu berlalu pergi dengan gembira. 

Saat perkahwinan pun tiba dan tibanya masa untuk membaca ikrar perkahwinan, paderi merenung muka pengantin lelaki dan berkata, “adakah kamu berjanji akan setia padanya, taat dan patuh pada setiap arahan dan permintaannya, menyediakan sarapan pagi di katilnya setiap pagi, dan bersumpah dengan nama Tuhan yang kamu akan menyayangi isteri kamu dan berjanji tidak akan memandang perempuan lain selagi kamu berdua masih hidup?” 

Pengantin lelaki itu menelan air liur sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Dengan suara yang amat perlahan dia menjawab, “saya berjanji.” 

Kemudian dia berbisik kepada paderi, “bukankah kita sudah membuat persetujuan?” 

Paderi dengan secara sembunyi menghulurkan kembali $100 sambil berbisik, “tawaran dari pengantin perempuan lebih lumayan.”

Wednesday, August 13, 2014

PUISI SUAMI ISTERI

Suami berniat utk berkahwin dua. Dicoret puisi utk isterinya meminta kebenaran. 
🙈🙊🙉🙈🙊🙉🙈🙊🙉🙈🙊🙉🙈🙊🙉🙈🙊🙉

Puisi buat Isteri... 

Duhai isteriku.
Abang ingin beritahu.
Abang ingin kahwin lagi.
Bukannya dirimu telah ku benci.
Cuma hadirnya tanpa ku sedari.

Dia rakan abang di tempat kerja.
Selalu sangat abang bersama.
Dah tugas bukan di sengaja.
Abang takut syaitan menggoda.

Memang abang akui dia cantik.
Lenggok jalannya buat hati berdetik.
Dia juga dari golongan baik-baik.
Beradab bersopan juga cerdik.

Dia tak pernah cuba menggoda.
Cuma abang ini perasan saja.
Bila bekerja selalu berbincang bersama.
Entah kepala ini dah melayang ke mana.
Mungkin dia tak rasa apa-apa.

Bukan sayang sudah abang jemu.
Sayang masih lagi cantik seperti dulu.
Namun bukan cantik sayang yang abang perlu.
Layanan sayang itu yang buat tak jemu. 

Cuma di office sayang tak ada. 
Boring dan jemu datanglah juga. 
Tak ada sapa nak ajak berbicara. 
Itu sebab abang call hampir setiap masa.
Nak menunggu sampai dirumah tak terdaya. 

Dirumah ayang sibuk nak uruskan anak pula. 
Abang akui lengkap sudah dirimu. 
Cuma abangkan berhak kawin dua. 
Bahkan empat pun tak apa. 
Sebab itu ketentuan Yang Esa..

DIA tahu lelaki tak boleh dipercaya. 
Lelaki memang sukar mengawal gelora. 
Itu sebab dikurniakan akalnya sembilan. 
Buat melawan kuat nafsunya. 

Namun kekuatan nafsunya berpangkat sarjan. 
Sembilan tentera mudah dikalahkan. 
Lainlah perempuan nafsunya sembilan. 
Tapi nafsunya pangkat bawahan. 
Akalnya pula berpangkat sarjan. 

Duhai isteriku. 
Maafkan abang mencari selainmu. 
Ini demi menghalang maksiat berlaku. 
Sebelum terlanjur godaan nafsu. 
Kan lebih baik dihalalkan dulu. 
Abang berjanji seadil yang mampu..

Si isteri membetulkan tudungnya lalu membalas dgn rilek, 

Puisi buat suamiku tercinta

Wahai abg si babi buta
Engkau jg hensem bergaya
Niatmu jelas mau kawin dua
Izinkan dinda menjawab pula

Selama kita berumahtangga
Duit tuk belanja saya yg lebih
Abg cuma duduk ternganga
Melihat tai anak yg meleleh leleh

Selama kita berumahtangga
Minum pakaimu saya sedia
Sihat sakitmu saya berjaga
Sedangkan saya juga bekerja

Skrg niatmu mau kawin dua
Byk pula duit mu kan kanda?
Sedangkan anak2mu masih ada kurangnya
Ko kepingin lg mo kawin dua?

manis mulutmu mengukir bicara,
Mengata layananku cukup sempurna,
Sedangkan kau hanya bermain kata, 
Takut juga ko hatiku terluka

Bulih juga ko kawin dua
Tp anak2 ku jangan ko jumpa
Tak ingin aku bermadu dua
Sebab mcm si palui saja

Bah pigi lh ko kawin muda
Tp nafkah anak2 jgn ko lupa
Akan ku fight dr 2ribu hingga 3
Sbb ku layak asal aku menjanda

Sambil2 aku mkn nafkah
Bulih ku try orang sabah
Sudah lh tegap berbadan sasa
Comel pula mcm korea

Sudah ku puas yg dari sabah
Ku try pula mainan nigeria
Setakat ini yg abg punya
Mukaku puas hanya pura2

Tidak cukup dari nigeria
Ku cari lagi luar negara
Kan katamu aku masi sempurna, 
Teknologi ada, boleh ketat semula

Hadirmu dulu pun kerana ku simpati
Engkau pun boleh ku cari ganti
Setakat ko duduk & peneman tidur
Ko ingat aku mau akur?

Tuesday, August 12, 2014

KES BUANG BAYI


Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu : Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid : Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.

Pak Abu : Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?

Pak Majid : Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...

Pak Abu : Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak Majid : Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..

Pak Abu : Hah??? Engkau biar betul Majid!

Pak Majid : Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!