Search This Blog

Total Pageviews




Geng-geng Regular YouLawak: mystaz, dballmaster, kryst3L, miss(sitihsa), zackjb88, mimiey95, ekal, mfaiz, nucart, ArmadaLog, Blade2982, Fiqryezan, Muskqim, hyuga5, R3x4raider, zamm90, pocee, Mrjohnny96, hanie3589.


Kawan-kawan Chatango: lily, haikal, sn0wflurry, pr00ne, kebanggaanmasa, inahappy, abgokje(abgbusat @ idhamamin), Milkyteddygurl, haninabila, oldcock, bixs, syasyamira, boogiestu, encemlagibesar, balakbesar, jiwarabak, imskodeng, ayeep, izzatt, Arell, gtrNismo, darkclan2, ziex8, Tidakpilus, cibeng, ramli, dani, misstake, dragon.

Wednesday, April 29, 2015

DOKTOR vs MEKANIK


Seorang mekanik yang tak ada kerja. Habis ikhtiar dia cuba pula buka klinik perubatan. Untuk menarik pelanggan dia gantung iklan "Rawatan RM300, Jika tidak berjaya akan ganti RM1000".

Seorang doktor terbaca, dia rasa nak cuba.

Mekanik : Sakit apa?
Doktor : Mulut rasa tawar. Tak ada rasa apa2. 
Mekanik : Pembantu, tolong bagi ubat kotak 22. Bagi 3 titik dalam mulut.
Doktor : Hey minyak petrol.
Mekanik : Ohh dah boleh merasa. Bayar RM300.

Doktor tu rasa tak puas hati. Seminggu kemudian dia datang semula.

Mekanik : Sakit apa?
Doktor : Hilang ingatan.
Mekanik : Pembantu tolong bagi ubat kotak 22 titikan 3 titik dalam mulut.
Doktor : Hey bukankah itu minyak petrol?
Mekanik : Oh .. dah pulih ingatan. Bayaran rawatan RM300.

Doktor tu rasa tertekan dan tak puas hati. Dua minggu lepas tu dia datang balik.

Mekanik : Sakit apa pula?
Doktor : Mata kabur tak nampak apa2. 
Mekanik : Maaf, saya tiada ubat. Ambillah RM1000. Sebab tak boleh rawat.
Doktor : Hey ni RM500 je.
Mekanik : Dah nampak jelas tu. Bayar rawatan RM300.

JANGAN MAIN2 DENGAN MEKANIK.

Friday, April 10, 2015

ALASAN MENOLAK PINANGAN PALING SADIS


Hartono menjerit-jerit sampai suaranya parau: "O, sayang, mengapa kamu menolak pinanganku? Mengapa?"



Sambil mengerutkan kening, kekasihnya berkata: "Paras rupaku terlalu buruk, aku benar-benar tak memenuhi syarat untuk menjalin hubungan dengan dirimu apatah lagi nak menjadi isterimu."



"Kamu anggap aku ini orang yang hanya memandang rupa paras semata-mata ya. Biarpun rupamu tak cantik, aku juga akan tetap menyukai dirimu! Jangan khuatir."


"Tetapi...... tetapi rupamu ternyata lebih buruk lagi daripada diriku, aku tak tahan, aku sungguh tak tahan."

Wednesday, April 8, 2015

BELAJAR DENGAN PENCURI


PAK mat pergi ke balai polis dengan tujuan ingin menemui pencuri yang malam sebelumnya telah memasuki rumahnya dengan niat mahu mencuri. Pencuri berjaya ditangkap dan ditahan sementara waktu di balai polis. 

Pak Mat : " Tuan, boleh saya jumpa pencuri yang ditangkap semalam?"

"Oh, tidak boleh ...Pak Mat hanya boleh bertemu dan bercakap dengannya ketika dibicarakan di mahkamah nanti... tenanglah jangan emosi," kata polis yang bertugas saat itu.

"Oh, tidak, tidak ...bukan begitu!," Pak Mat. "Aku mahu menemuinya hanya sekadar ingin bertanya, bagaimana dia boleh masuk ke dalam rumahku tanpa membuatkan isteriku terjaga dari tidur?. Padahal aku sudah mencuba pelbagai cara sebelum ini selama bertahun tahun, tapi tidak pernah berjaya."

Monday, April 6, 2015

PECAH LOBANG!!!

Seorang ibu sedang menonton
T.v bersama anaknya yg berumur
5 tahun.
Tiba tiba ada adegan mat salleh sdg
Berkucupan.

Anak: Ibu.. Drg tgh btpe tu bu ?.
Ibu: Oh.. Perempuan tu ada asma,
Suami dia tgh bagi bantuan pernafasan
Kt istri dia, klu x nanti istri dia mati.
Anak: Oh.. Klu mcm tu kesian sgt sgt
Kt bibik surti tu bu..
Ibu: Kenape ?!, bibik sakit asma ke ?!.
Anak: Ye lah bu.. Sbb adek selalu
Nampak ayah bagi bantuan pernafasan
Kat bibik surti, ibu je yg xperasan.
Ibu: APAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!

Huhuhuu.. Pecah Lobangggggg...

Friday, April 3, 2015

HADIAH KERETA


Di sebuah negara, seorang Menteri diundang untuk menghadiri majlis perasmian kilang kereta mewah yang baru dibina. Selepas acara perasmian selesai, pemilik kilang tersebut mengumumkan, "Datuk (merujuk kepada Menteri), suatu kehormatan besar kerana Datuk sudi hadir dalam acara perasmian ini. Sebagai tanda terima kasih, kami akan memberikan satu unit kereta terbaru dari kilang kami kepada Datuk."
"Maaf, tetapi saya tidak boleh menerimanya," Menteri itu menolak dengan halus.
"Tidak apa-apa, Datuk. Ini adalah hadiah dari syarikat kami untuk Datuk, " si pengarah berkata-kata dengan penuh yakin.
"Saya faham," kata sang Menteri, "Tetapi saya tidak boleh menerima pemberian ini. "
Namun, pengarah tersebut tetap berkeras agar Menteri tersebut menerima pemberian hadiah itu.
Akhirnya, si Menteri mengalah, "Ok lah, jika anda terus memaksa, tetapi saya tidak biasa menerima sesuatu dengan percuma. Sebutkan harga yang anda ingin saya bayarkan untuk kereta ini."
Si Pengarah berfikir sejenak, kemudian berkata, "Baiklah, Datuk hanya perlu membayar kereta ini hanya lima ringgit saja."
Si Menteri tersebut menyerahkan sekeping wang seratus ringgit kepada sang pengarah.
"Maaf Datuk, tetapi sekarang saya tidak ada wang kecil untuk dikkembalikan pada Datuk," jelas sang pengarah.
Sang Menteri tersenyum dan berkata, "Oh, tidak ada masalah, saya akan membeli dua puluh kereta lagi dengan wang tersebut."

Wednesday, April 1, 2015

KISAH DALAM MAHKAMAH


Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...

"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan menggunakan pisau..!"

"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.

"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.

"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan parang..!" kata hakim.

"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata,

"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"

"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata...

"Saya bernama Amran,jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan parang... dia selalu cakap... tidak ada!"