"Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.
Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu.
Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua
beratur. Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan
bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya:
"Kenapa kamu berbaris di sini?"
Cucu pula untuk menghalang
neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada
dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange dan sebab itulah beliau
berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan
cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang
buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya.
Dia berbaris di belakang.
Seorang anggota polis mengambil
kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia
sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut
kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada
kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu
lakukannya?"
Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang
bagaimana dia boleh makan orange itu menjawab: "Oh senang je. Aku hanya
cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."
No comments:
Post a Comment