Pages

Monday, December 16, 2013

Lawak Skandal Tidur Bersama

Di suatu pagi, Dato S seorang ahli parlimen mendapat satu panggilan telefon dari seorang perempuan yang memperkenalkan dirinya sebagai Jane.

Jane : Selamat pagi Dato!
Dato S : Selamat pagi, siapa disana??

Jane : "Saya Jane , yang pernah tidur bersama Dato' suatu ketika dahulu"
Dato S : Hah!! Betulkah?

Jane : Kalau Dato' tidak mahu rahsia kita ini terbongkar, saya mahu Dato' membayar saya sebagai duit penutup mulut"
Dato S : Ok. baiklah. Saya akan membayarnya"

Walaupun dalam keadaan terpaksa, Dato S cuba berfikir, dimanakah dia pernah meniduri wanita itu.
Keesokan harinya, Dato S telah membayar sejumlah wang di suatu tempat yang telah ditentukan. Tetapi setelah beberapa hari kemudian Jane telefon lagi untuk meminta wang, dan Dato S terpaksa tunaikannya kerana takut rahsianya terbongkar.

Setelah beberapa minggu kemudian Jane menelefon lagi dengan menggunakan ancaman yang sama.
Setelah mambayarnya untuk kali ketiga, dengan agak terkasima, Dato S cuba bertanya untuk menjawab segala persoalan dihatinya

Dato S: Ok lah, aku tunaikan permintaan kamu tapi aku sedikit terkeliru. Aku cuma ingin tahu, di manakah tempat kita pernah tidur bersama itu?"

Dengan lembut Jane menjawab : Kita kan pernah tidur bersama dikerusi dalam Dewan Parlimen sewaktu mendengar pembentangan menteri lain...

No comments:

Post a Comment