Pada
satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu
kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam
tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Pada
hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama
isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali
susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..
Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama tasya shila.
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".
Sambil
menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak'
pada tasya shila... kau akan bawakan pula wawa zainal...kalau aku
katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya',
kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak
mampu tanggung mereka semua"
Blog YouLawak Ini Bertujuan Untuk Buatkan Hidup Anda Hari Ini Lebih Ceria Dari Semalam... Errr
Search This Blog
Total Pageviews
Geng-geng Regular YouLawak: mystaz, dballmaster, kryst3L, miss(sitihsa), zackjb88, mimiey95, ekal, mfaiz, nucart, ArmadaLog, Blade2982, Fiqryezan, Muskqim, hyuga5, R3x4raider, zamm90, pocee, Mrjohnny96, hanie3589.
Kawan-kawan Chatango: lily, haikal, sn0wflurry, pr00ne, kebanggaanmasa, inahappy, abgokje(abgbusat @ idhamamin), Milkyteddygurl, haninabila, oldcock, bixs, syasyamira, boogiestu, encemlagibesar, balakbesar, jiwarabak, imskodeng, ayeep, izzatt, Arell, gtrNismo, darkclan2, ziex8, Tidakpilus, cibeng, ramli, dani, misstake, dragon.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment