Seorang pemuda menerima tawaran kerja daripada
sebuah zoo tanpa bertanya jenis pekerjaannya. Sebaik melaporkan diri,
dia diberikan uniform berbentuk gorila. Tugasnya sepanjang hari ialah
beraksi di kandang gorila bagi menggantikan haiwan itu yang mati
beberapa hari lalu. Untuk itu dia perlu memanjat, bergayut dan berayun
dari pokok ke pokok.
Lama-kelamaan pemuda
tersebut merasa seronok dengan tugasnya. Namun pada suatu hari minggu
yang sibuk, kerana terlalu penat berayun, tiba-tiba tangannya terlepas
dan dia terjatuh ke dalam kandang singa.
Apabila melihat singa menghampirinya pemuda itu menjerit ketakutan. "Tolong, tolong! Aku bukan gorila, aku manusia!" jeritnya.
Perlahan-lahan singa berbisik ke telinga pemuda itu . "Hey! Diamlah, kalau tidak kita berdua akan dipecat," kata singa itu.
No comments:
Post a Comment