Search This Blog

Total Pageviews




Geng-geng Regular YouLawak: mystaz, dballmaster, kryst3L, miss(sitihsa), zackjb88, mimiey95, ekal, mfaiz, nucart, ArmadaLog, Blade2982, Fiqryezan, Muskqim, hyuga5, R3x4raider, zamm90, pocee, Mrjohnny96, hanie3589.


Kawan-kawan Chatango: lily, haikal, sn0wflurry, pr00ne, kebanggaanmasa, inahappy, abgokje(abgbusat @ idhamamin), Milkyteddygurl, haninabila, oldcock, bixs, syasyamira, boogiestu, encemlagibesar, balakbesar, jiwarabak, imskodeng, ayeep, izzatt, Arell, gtrNismo, darkclan2, ziex8, Tidakpilus, cibeng, ramli, dani, misstake, dragon.

Tuesday, December 17, 2013

Surat Cinta Warkah Kasih - Genius Tahap Gaban



Surat Cinta Warkah Kasih | Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.


Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.


Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Monday, December 16, 2013

Lawak Skandal Tidur Bersama

Di suatu pagi, Dato S seorang ahli parlimen mendapat satu panggilan telefon dari seorang perempuan yang memperkenalkan dirinya sebagai Jane.

Jane : Selamat pagi Dato!
Dato S : Selamat pagi, siapa disana??

Jane : "Saya Jane , yang pernah tidur bersama Dato' suatu ketika dahulu"
Dato S : Hah!! Betulkah?

Jane : Kalau Dato' tidak mahu rahsia kita ini terbongkar, saya mahu Dato' membayar saya sebagai duit penutup mulut"
Dato S : Ok. baiklah. Saya akan membayarnya"

Walaupun dalam keadaan terpaksa, Dato S cuba berfikir, dimanakah dia pernah meniduri wanita itu.
Keesokan harinya, Dato S telah membayar sejumlah wang di suatu tempat yang telah ditentukan. Tetapi setelah beberapa hari kemudian Jane telefon lagi untuk meminta wang, dan Dato S terpaksa tunaikannya kerana takut rahsianya terbongkar.

Setelah beberapa minggu kemudian Jane menelefon lagi dengan menggunakan ancaman yang sama.
Setelah mambayarnya untuk kali ketiga, dengan agak terkasima, Dato S cuba bertanya untuk menjawab segala persoalan dihatinya

Dato S: Ok lah, aku tunaikan permintaan kamu tapi aku sedikit terkeliru. Aku cuma ingin tahu, di manakah tempat kita pernah tidur bersama itu?"

Dengan lembut Jane menjawab : Kita kan pernah tidur bersama dikerusi dalam Dewan Parlimen sewaktu mendengar pembentangan menteri lain...

Saturday, December 14, 2013

Kisah Pengalaman Pertama

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati.

Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.

Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum.

Semakin dalam tusukannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir.

Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk.

Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda.

Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman.
Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda.

Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda......

Monday, December 9, 2013

Translate 7 Bahasa Serentak (Amaran Pecah Perut)

Sunday, December 8, 2013

Lawak Dakwah: Kekasih call

Lawak Dakwah: Panggilan Kekasih

Anis : Eh Soleha, kau tahu tak boyfriend aku call 3 kali sehari, love of my life (sambil buat muka bangga)

Soleha: Oh really? Kekasih aku call aku 5 kali sehari

Anis : Bestnya, banyaknya kredit kekasih kau?

Soleha: Taklah ini connection wireless...tak payah top up kredit.

Anis : (muka tak puas hati) Hmm... pukul berapa dia call?

Soleha: SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYA'. Nak romantik lagi aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi macam tu. Masa Dhuha pun ada.

Anis : Errrrrkk....(terkena aku!)

Thursday, December 5, 2013

Dilarang Memotong

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.

"Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.

Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, "Kenapa Bang?"Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."

Tuesday, December 3, 2013

Makcik Kampung dan Bilik Hotel

"Ada sorang makcik datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya.
Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang makcik ni akan menginap.

Si Makcik mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, makcik tu melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.

"Anak muda, aku mungkin tua dan kampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"

"Makcik, ini adalah lift"

Makcik malu tersengih2.....

Sunday, December 1, 2013

Milik Kita Bersama

Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini...
Isteri : Apalah abang nie...asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang...tak adil lah macam nie...asik asik abang aje...
Suami: La. ..abis ayang nak cakap macam mana...
Isteri : Abang cakap la...rumah kita...kereta kita... TV kita...sofa kita... bukankah semua harta benda nie hak milik kita bersama...
Suami: Ahhh..iya lah...iyalah...
Isteri: Hmm...abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?...
Suami: Haa...ada awak nampak...seluar dalam KITA...???
Isteri: %#@**^&%#@

Friday, November 29, 2013

Monyet Nakal VS Harimau

Gajah Dan Semut

Seekor gajah jantan tiba2 pengsan selepas seekor semut betina melintas ditelinganya. Setelah sang gajah tersedar, maka ia pun mendengar suara gelak ketawa sahabat2 gajah yg lain sambil berkata : Sahabat gajah : "sungguh kau telah memalukan kaum gajah ! Bagaimana mungkin kamu sampai pengsan hanya kerana seekor semut ??" Maka gajah jantan pun menjawab : "kalau hal ini terjadi pada kamu semua tentu kamu semua pun akan terkejut hingga pengsan seperti sy." Sahabat gajah: "kalau bole kami tau apa sebenarnya yg telah dilakukan makhluk kecil itu ?" Gajah jantan: "memang dia tak melakukan apa2, dia cuma berlalu sambil membisikkan sesuatu padaku begini katanya "WAHAI GAJAH, SESUNGGUHNYA AKU SEDANG HAMIL DAN KAMU LAH AYAHNYA". Sahabat gajah : pengsan semua.........

Wednesday, November 27, 2013

Tak Jadi Culik

Ayah: Kau balik naik kereta sape tadi hah??
Anak: Tak tau la, diorang cakap diorang tuu penculik

Ayah: Hah! Penculik!? Habis kenape diorang hantar kau balik plak??
Anak: sebab saya bagitau pekerjaan ayah laa

Ayah: ape yg kau bagitau kt diorang??
Anak: Saya cakapla ngan jujur yang ayah nie pemalas, keje tido jer, penganggur, makan sekali sehari itupun nasi dengan kicap, tuu yang diorang hantar balik, nie hah siap belikan nasi goreng dan bagi RM10 ni buat belanje sekolah..

Monday, November 25, 2013

Buku Sad Ending

Kisah Sedih Suami : Kenapa Sayang menangis? Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.. Suami : Buku apa? Isteri : Buku bank abanglah..

Saturday, November 23, 2013

Lawak Bulan Madu

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. CT, SERI, MURNI dan SURI.

Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.

CT berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman, MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat". Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis "KFC". Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis "HINGGA MENJILAT JARI". Berbahagialah si CT tu rupanya kata mereka.

Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis "PEPSI". Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis "NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR". Bahagia juga si SERI rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang bertulis "STANDARD CHARTERED". Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu "BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!".

"Bahagianya si MURNI tu bang," kata Mak Minah pada Pak Mat.
Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran dari SURI. 2 minggu, tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya yang bertulis "AIR ASIA".

Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.

Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.

"Bahagia ke si SURI tu bang?" tanya Mak Minah pd Pak Mat.

"Ntah…" jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.
"APA MOTTO IKLAN TU" tanya Mak Minah lagi.

Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap "7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!"

Friday, November 22, 2013

Jangan Ketawakan Ayam Ini

Budak Comel Nyanyi Lagu Sandiwara Cinta

Thursday, November 21, 2013

Lawak Rumah Baru

Ada sebuah keluarga akhirnya dapat pindah ke rumah baru iaitu sebuah banglo mewah.
Beberapa hari kemudian, anak bongsu yang berumur 5 tahun bertemu dengan jiran lama.
"Bagaimana ye rumah barumu ? Tentu selesa dan besar " tanya si jiran lama.
"Ya, memang best. Kami 3 beradik punya bilik masing-masing. cuma kasihan mama sebab tetap saja sebilik dengan papa." jawab si anak mulus.

Orang Asli Dan Polis

Orang asli : Selamat pagi tuan
Polis : Selamat pagi

Polis : apa hal
Orang asli : saya nak buat repot tuan

Polis : fasal apa tu
Orang asli : kawan saya di baham harimau

Polis : pukul berapa
Orang asli : dia tak pukul, terkam

Polis : habis?
Orang asli : tak habis, tinggal kepala

Tuesday, November 19, 2013

Menjilat Mayat



Sekumpulan  pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan  pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu  diletakkan..
"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting  untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua  tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu  mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat  jarinya itu.
"Sekarang, cubakamu buat", kata pensyarah  itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka  lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya.

Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan  berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang  tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk"

Sunday, November 17, 2013

Dialog Ayah dan Anak


Kisah Lucu: Dialog Ayah dan Anak

Ayah : nak, tolong ayah belikan minuman sejuk ya...
Anak : coca cola atau pepsi ?
Ayah : coca cola..
Anak : tin atau botol ?
Ayah : botol..
Anak : besar atau kecil ?
Ayah : hoi !! Pegi beli je la..!!
Anak : natural atau mineral ?
Ayah : MINERAL !!!!
Anak : biasa atau sejuk ?
Ayah : PENYAPU MANA PENYAPU ??!!!
Anak : penyapu bulu atau pnyapu lidi ?
Ayah : ARRGGHH... MCM CKP DGN BINATANG !!!
Anak : monyet atau lembu ?
Ayah : KELUAR KAU DARI SINI...!!!
Anak : sekarang atau besok ?
Ayah : SEKARANG !!!!
Anak : ayah nak ikut ke tak ?
Ayah : Karang ade jugak yg aku bunuh !!!
Anak : bunuh pakai pisau atau tembak pakai pistol ?
Ayah : tembak pakai pistol !!!
Anak : dikepala atau diperut ??
Ayah : ARGHHHHHHHH !!!!(ambil pistol tembak kepala sendiri)

Friday, November 15, 2013

Tongue Twister - Karangan Huruf P

Arahan:

Buat karangan menggunakan huruf 'P' tidak kurang 120 patah perkataan..


Puiii!?? Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.
Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.
Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!
Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .
Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....
Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam !
Penamat...Perghhhhh

Sunday, November 3, 2013

Hidup 6 Minggu Saja Lagi

Seorang lelaki bernama Harun memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, saya minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, Harun mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."


---- sumbangan: Amin


Saturday, November 2, 2013

Mat Rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!


---- sumbangan: PDRM

Friday, November 1, 2013

Cincin Berlian VS Kereta

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."

sumbangan: Kamal

Thursday, October 31, 2013

Rizal Yang Insaf

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi ke sebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma diedarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".


Sumbangan: Aiman

Wednesday, October 30, 2013

Hadiah Perpisahan Guru Besar

Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan di London, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Sally anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula." 

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah champagne?" ia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"


---- sumbangan: Lewis

Tuesday, October 29, 2013

Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"


----sumbangan: Firdaus

Monday, October 28, 2013

Hadiah Yang Macam Mana

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.



---- Sumbangan: Cikgu Usman

Sunday, October 27, 2013

Segelas ke setitis

satu ari sorang mamat bernama babibu pegi kt sebuah kedai bernama kedai mamimu,mamat tu tanya kt pelayan tu
babibu:berapa harga satu cawan teh
pelayan:RM1.50
babibu:kalau setitis
pelayan:setitis?????(dh pelik)kalo setitis rasanya free je
babibu:baik,kalo camtu tolong titiskan air teh kt dlm cawan ni sampai penuh

Saturday, October 26, 2013

mengapa aku pecat Secretary ku yg seksi

Nama ku Hj.Din... mengapa aku  pecat Secretary ku yang seksi???
 
Minggu lalu, besday ku yang ke-40 tahun!

Aku turun sarapan dengan harapan isteri ku ingat dan mengucapkan dengan penuh mesra  “Selamat Hari Jadi Suami ku Sayang".
 
Waktu berlalu, isteri ku sama sekali tidak mengucapkan sesuatu!  Ya, itulah isteri ku!
 
Mungkin anak-anak ku ingat, Besday  papanya.

Tapi tidak seorang pun anak-anak ku datang ke meja untuk sarapan, mereka pun tak mengucapkan satu kata pun kepada ku.
 
Akhirnya aku pegi kerja dengan rasa sedih!!
 
Aku masuk ke bilik ku, Secretary ku, Suzy menyapa ku “Morning Boss, Selamat Harijadi“

Aku merasa sedikit terubat, sebab secretary ku mengingati harijadi ku.
 
Time lunch, Suzy mengetuk pintu bilik ku “Apakah Boss tak sedar bahawa sudah masuk waktu lunch, hari ini kan besday Boss, mari kita pergi lunch"
 
“Wow, itu Idea yang baik! Ok, mari kita pergi lunch“ jawab ku..
 
Kami pun pergi lunch  berdua.
 
Setelah Lunch, Suzy berkata “Hari ini indah kan Boss, kita tak payah la ke opis lagi kan Boss?“ Kita pergi berseronok saja la...
 
Saya mengangguk!
 
Lalu Suzy mengajak saya pegi ke apartmentnya.
 
Setiba di apartmentnya, dia berkata “Boss, maaf tunggu sekejap ya, saya mahu ke bilik tidur untuk menukar pakaian, agak panas hari ni..“.
 
"Tentu saja" sahutku dengan gembira!! Fikiran ku negativvvvvve. 
 
Suzy masuk kebilik tidurnya. Kira-kira 10 minit kemudian...

Suzy keluar membawa KEK besday, diiringi Isteri dan anak-anak ku serta bersama rakan kerja ku sambil menyanyi Happy Besday To U...
 
Aku duduk TERPAKU di atas sofa, dengan telanjang bulat tanpa seurat benang pun... !!!


Sumbangan: Hazmi Zaki

Friday, October 25, 2013

Cita-cita Tinggi

Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…


Cikgu Fery : Yer saya….

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memang tak boleh diduga.



--- sumbangan : Warden Bilik C 3 3 dr blog Empunyabilikc33.blogspot.com

Thursday, October 24, 2013

Menggali Petikan Kata-Kata Motivator

Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."

Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas...

Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.


----sumbangan: Mamat

Wednesday, October 23, 2013

makan dua sudu tiga kali sehari

Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.

Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.

Pak Pandir : Terima kasih.

Seminggu kemudian…..

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?

Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?

Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….

Doktor : Kenapa dengan sudu?

Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!

Doktor : ???????


---- sumbangan : Ubin

Tuesday, October 22, 2013

Panggilan Sayang

Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata itu."

Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."


--- Sumbangan: Along

Monday, October 21, 2013

Kalau Satu Mampu, Kalau Lebih Satu...

Sidang teh tarik kami tengah malam semalam dihangatkan dengan pengakuan seorang rakan: "Aku dah berkali-kali cuba bagi tau isteri aku yang aku ni ada 'girlfriend' tapi dia buat tak tau, dia buat dhek aje!"

"Akikkk? Macam mana tu? Betui ka dia buat tak tau? Kalau betui, petua apa yang hang pakai? Boleh hang tolong ajar kami?" sambut seorang rakan dengan nada yang sangat teruja.

Kawan yang peitama itu berkata: "Soal aku sayang perempuan lain ni, tiap-tiap hari aku bagi tau dia. Setiap kali berSMS, dia akan bagi tau aku, Iluv U. Akupun balas I luv U2, Aku tak tulis “too tapi sengaja tulis ‘2' supaya dia faham yang aku sudahpun menduakan dia.

Tapi itulah yang aku hairan, dia boleh buat tak tahu sedangkan aku sudah pun berterus terang, selain dia, ada lagi perempuan yang aku sayang.

Kami semua ‘bantai' ketawa mendengar pengakuan rakan saya itu. Saya sendiri tidak tahu nak kata apa, melainkan hanya ketawa.

Saya kurang pasti sama ada rakan saya itu cuba berhelah dengan isterinya, ataupun berterus terang dengan isterinya. Dan lagi, kami turut menyangka dia berkata benar apabila memberitahu isterinya tidak kisah atau buat tidak tahu dengan apa yang dia beritahu

“Hang jangan dok syok sendiri la, bro! Kalau hang betul-betul berani, hang cakap terus terang dengan bini hang, aku nak tengok," kata saya, sengaja mencabar.

Apa yang dikisahkan oleh rakan saya, itu adalah helah berbahasa semata-mata. Helah berbahasa tidak ada kena mengena dengan soal berani ataupun sikap jujur dan mahu berterus terang.

Helah berbahasa bagaimanapun tidak boleh dianggap sebagai bohong. Apa yang penting ialah bagi pihak yang menerima mesej itu, sama ada dapat atau tidak ‘menangkap' apa yang mahu disampaikan.

Setelah reda sedikit ketawa kami mendengar cerita rakan itu, seorang lagi rakan pula ambil alih sidang dengan cerita apa yang berlaku antara dia dengan, isterinya.

Menurut kawan yang kedua itu, pada suatu petang, tatkala dia dan isterinya duduk menghadap cawan teh dan pisang goreng, datang mood dia hendak bergurau ‘kasar’ dengan isterinya.

Maka, dia pun bérkata: “Orang lelaki, kaiau hanya ada satu isteri, sebenarnya masih tak cukup syarat!"

“Tak cukup syarat? Apa pasal pulak?" tanya si isteri terpinga-pinga.

Menyedari pancingnya sudah mengena, kawan saya itu menyambung: “Memanglah tak cukup syarat. Nama pun is three, mestilah tiga. Kalau is one baru satu, is two masih tak cukup. Hanya is three baru cukup."

Yakin hujahnya itu masih boleh dilanjutkan untuk menyampaikan maksudnya yang sebenar - kerana apa yang saya tahu, dia sememangnya berhajat malah sudah ada calon pun yang memungggu - kawan saya itu tidak dapat menahanketawa kerana berasa dirinya sudah menang dalam pusingan yang pertama itu.

Namun dia tidak sedan isterinya itu sebenarnya jauh lebih bijak.

“Ok, abang tahu bahasa Inggeriskan? Dalam grammar (tata bahasa) bahasa Inggeris, ada singular (tunggal), ada plural (lebih daripada satu). Kalau singular macam mana abang, apa beza singular dengan plural?"

Maka dijawab oleh si suami dengan penuh yakin, “Kalau singular, tak ada ‘s'. Kalau plural, ada ‘s'."

"Ok, pandai pun abang ingatkan dah lupa."

Maka tersengih-sengihlah si suami - sebagaimana yang diakuinya kepada kami - mendengar pujian itu.

Berkata pula si isteri: “Sekarang abang ada berapa isteri?"

“Satu!"

“Abang mampu atau tidak?"

“Mampu apa? Sara awak? Tentulah mampu. Ada awak rasa tak cukup apa-apa lagi?”

“Tidaklahl Saya tanya abang mampu atau tidak? Maknanya abang mampulah ye?"

"Ye, abang mampu!"

"Ok, sekarang isteri abang ada berapa?" tanya isterinya lagi.

“Tanya lagi... satulah," jawab si suami.

“Ok, satu, mampu tidak ada ‘s' kan? Kalau lebih daripada satu?"

"Alamak! MAMPUS!"





---- sumbangan: Fauzi

Sunday, October 20, 2013

Nak citer pun malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.

---- sumbangan: Mat

Saturday, October 19, 2013

Harta karun Pak Pandir

Setelah berbulan lamanya mencari harta karun di belakang rumahnya, akhirnya Pak Pandir berjaya menemukan jongkong emas seberat 15 kilogram yang tertanam di bawah jamban rumah jirannya. Dengan penuh perasaan gembira Pak Pandir membawa pulang emas tersebut.

 Sampai di rumah, tiba-tiba Pak Pandir merasa bimbang kalau-kalau sahabat baiknya Luncai mengetahui tentang harta yang dijumpainya, pasti Luncai akan mengambil emas itu. Hasil buah fikiran itiknya, Pak Pandir mendapat idea untuk menanam emas itu di taman permainan kanak-kanak di pekan berhampiran tempat tinggalnya.

Pak Pandir menggali lubang yang besar untuk memasukkan harta karunnya itu. Setelah selesai menimbus harta karunnya, bimbang hartanya diketahui orang, dia pun meletakkan papan tanda bertulis "Di sini tiada harta karun Pak Pandir". Lega hatinya, Pak Pandir pun pulang dengan perasaan gembira.

Malam itu sedang Luncai di dalam perjalanan untuk mencuri duit di masjid berhampiran, dia ternampak papan tanda Pak Pandir. Apa lagi, dia pun terus mengorek tanah dan mendapatkan emas yang tersimpan di situ. Bimbang perbuatannya diketahui Pak Pandir, untuk 'cover line', luncai menimbus semula lubang tersebut dan meletakkan satu lagi papan tanda bertulis

"BUKAN LUNCAI YANG AMBIK!".

Friday, October 18, 2013

Penyewa Kedai Yang Bijak

Seorang pengurus pusat membelibelah memiliki tiga ruang untuk disewakan, semuanya bersebelahan.

Seorang calon penyewa muncul dan mengatakan ingin menyewa ruang paling kiri untuk kedai pakaian lelaki.

"Itu bagus", kata pengurus tersebut. "Anda akan diberikan papan perniagaan percuma, apa yang ingin anda tulis pada papan perniagaan tersebut?" "Pakaian Lelaki", kata lelaki tersebut.

Kemudian datang seorang lelaki yang lain yang berhajat untuk menyewa ruang kedai yang paling kanan. Ketika ditanya lelaki tersebut mengatakan ia ingin "Pakaian Lelaki" pada papan perniagaannya. Pengurus mengatakan kepadanya bahawa kedai yang sebelah kiri akan memiliki papan perniagaan yang sama. "Tidak masalah", kata lelaki tersebut.

Akhirnya orang ketiga datang untuk menyewa ruang tengah. Pengurus agak gusar kerana orang ini juga memilki kedai pakaian lelaki. Dengan hati-hati pengurus meminta orang ketiga apa yang dia inginkan untuk ditulis pada papan perniagaannya. Orang itu menjawab "Pintu Masuk".


--- sumbangan: Hassan

Thursday, October 17, 2013

Harga sebentuk cincin

Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...

Promoter tu tanya la "Boleh saya bantu?"

Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".

Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".


--- sumbangan: Noor Azree Hussin

Wednesday, October 16, 2013

cium di tiga tempat

Di sebuah taman, sepasang kekasih sedang berbisik-bisik:

 Lelaki: "Sayang, apa yang paling kamu dambakan?"

Teman wanitanya dengan malu-malu kucing berkata: "Perkara yang paling ku dambakan ialah, kamu mencium diri ku di 3 tempat."

Lelaki: "Ah, itu mudah, cuba kamu katakan di tiga tempat yang mana?"

Wanita: "Paris, London dan New York."


 ---- sumbangan: Harry

Tuesday, October 15, 2013

Kamu satu-satunya milikku

Seorang isteri marah pada suaminya untuk kesekian kalinya.

 Isteri: "Mengapa kamu tidak memberitahu saya terlebih dahulu yang kamu miskin hah!"

 Suami: "Saya sudah beritahu kamu, kamu hanya mengangguk dan tidak mahu memahami." 

Isteri: "Apa yang kamu katakan?"

Suami: "Saya beritahu kamu, cuma kamulah satu-satunya milikku di dunia ini..."

 Isteri: "#$*@#!?"

Monday, October 14, 2013

TUJUPAKALE

Suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ..

Hasrul : dey mamak apa password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale

Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak : mana ada salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok aku taip..(mamak tu pun datang) kalo tak boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan marah la..awak satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok, mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini macam tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….

Sunday, October 13, 2013

Mandikan Kucing

Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?

Budak: Saya nak mandikan kucing...

Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...

Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?

Budak: Mati...

Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....

Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?

Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju...

Saturday, October 12, 2013

Nasib Peragut

Nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi, hj manan jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut telah membawa keluar parang tajam yang berkilat untuk menetak leher peragut tersebut.

Bagaimanapun perbuatannya sempat dihalang oleh orang ramai. Namun ketika peragut itu ditangkap, saksi mengatakan tidak ada barang berharga ditemui.

Salah seorang penduduk tempatan juga merupakan ketua kampung berang kepada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut ini. Kaki-kaki peragut diikat sambil bertakbir, kedua-dua peragut telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan.

Darah menyembur keluar, namun tiada penduduk menghalang perbuatan tersebut, kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan sesekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk hari raya korban...

Friday, October 11, 2013

Ambil Gambar

Pada suatu hari, Abu berada di dalam bas untuk ke bandar. Dia memegang sekeping gambar. Tiba-tiba, gambar itu pun terjatuh di bawah kain seorang makcik.

Abu : Makcik, tolong angkat kain, saya nak ambik gambar.

Makcik : Apa kamu cakap?!

Tiba-tiba.... PANG!!! Abu pun turun dari bas itu dengan muka yang bengang kerana ditampar oleh makcik itu di hadapan orang ramai.

Thursday, October 10, 2013

Cara Baru Berhenti Merokok Untuk Para Suami

Laporan dari Hospital Seremban.
----------------------
Akibat Kenaikan Harga Rokok Beribu-ribu kaum wanita telah mendapatkan rawatan pesakit luar manakala terdapat juga yang dirujuk kepada rawatan kecemasan akibat puting payu dara yang lebam dan kempis. Mengikut kajian pihak NGO , sindrom ini adalah diakibatkan oleh kesan kenaikan cukai tembakau dan menyebabkan perokok telah berhenti merokok terus. Oleh itu mereka yang ketagihan puting rokok telah menukar tabiat selera kepada puting isteri mereka. "Mula-mula makcik suka pakcik buat macam tu. Dah lama dah pak cik tak buat macam tu" kata Makcik Maria. "Tapi ni dah kira melampau. Lepas makan je nak isap. Sampai anak kecik makcik pun komplen tak nak isap susu badan lagi sebab bau jering". "Sakit puting akak ni dik , ada ke lepas makan sambal belacan dia nak isap?? paneh puting akak." keluh Makcik Maria lagi. "abisssss nak buat camana , harga rokok naik. Abang terpaksa leeee buat macam tu .. lepas gian" kata Pak Amran. NGO berkata menurut bancian serta kaji selidik yang dijalankan kes ini akan mengakibatkan kerugian berbillion ringgit setahun kerana sektor kedai makan dan restoran akan ditutup kerana lelaki lebih suka makan kat rumah sebab depa senang nak isap puting isteri.hahahahaha....

Wednesday, October 9, 2013

Kotak Hitam

Tiga orang perempuan dalam perjalanan menggunakan kapal terbang. Setengah jam setelah diudara, pilot mengumumkan adanya gangguan dan para penumpang diminta bersiap sedia kerana pesawat akan mendarat cemas.

Perempuan pertama segera memakai semua perhiasannya, mulai dari rantai, gelang dan cincin. Dengan pandangan tak mengerti kedua perempuan yang lainnya bertanya apa maksud dari tindakannya tersebut. "Dengan memakai semua perhiasan ini semua orang akan tahu aku seorang wanita kaya. Jadi mereka akan menolongku lebih dulu," jawabnya.

Perempuan kedua segera membuka blaus dan branya.Ketika yang lain bertanya, ia menjawab, "Ketika penyelamat datang, mereka akan melihat betapa seksinya dadaku dan aku akan ditolong lebih dulu."

Perempuan ketiga yang kebetulan berkulit sangat hitam melepaskan celana luar dan dalamnya. Kemudian ia berkata, "Biasanya mereka akan mencari kotak hitam lebih dulu."

Tuesday, October 8, 2013

Minyak Wangi Tumpah

Didalam satu bas diwaktu petang semasa ramai orang berebut-berebut untuk pulang ke rumah terdapat seorang gadis yang keadaanya agak resah sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki jawa yang sedang berdiri berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain. Memang kebiasaannya di waktu begini jalankan jem. Jadi bas tu tak dapat le bergerak dengan sempurna.
Gadis yang resah tu rupanya ..nak terkencing. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti rumahnya pun jauh lagi. Tahan punya tahan last-last terkencing le sikit. Bila dia perasan dia pun buat-buatle buka handbag dan cuba mencari sesuatu .
Tanpa disedari Jawa didepannya dah perhatikan dia dengan agak lama juga.
Nak jadi cerita orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai. Jadi gadis tersebut pun alih le ketempat tersebut kerana sit dia
dah basah. Jadi Jawa ni pun nak duduk le. Bila dia tengok basah dia tanye kat gadis tersebut.
"Aduh bu..ngapa tempat ni basah ya"…
Jawab gadis tersebut "Ohh… tadi botol minyak wangi saya tertumpah. Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada".
Jadi Jawa tu pun keluarkan le saputangannya dan lap sebelum duduk. Setelah duduk dia pun cium le saputangan tersebut untuk menghidu wangiannya. Bau-bau punya baru le jawa tu tau rupanya air kencing sambil tersenyum jawa tu jawab.."Lo…Kalau minyak wangi jenama ini..Kalau mau, saya ada penutupnya."…..

Monday, October 7, 2013

Siapa Hebat

Satu hari berlakulah bertengkaran yang hebat disebuah reban kambing dan sebuah reban ayam.. pertelingkahan tu menyebabkan satu kampong heboh… beginilah kisahnya.
Kambing : Apalah kau ni ayam… Baju ada tapi berkaki ayam tak
malu ke… . kah kah kah
Ayam : Kau tu dah baju jarang nampak kemaluan … lagi malu
pa. kah kah kah
Ayam : Daging aku lazat.. enak sehingga menjilat jari..
Kambing : Lazat pun bukan boleh buat korban…
Kambing : Apalah kau ni bertelur sebiji riuh sekampong
Ayam : Aku bertelur setiap hari… kau tu beranak setahun
sekali.. hebat apakebendanya.
Kambing : Aku hebat… .. yahoooo
Ayam : Aku hebat … . yahoooo
Perbualan mereka yang riuh menyebabkan tuan rumah terjaga lalu keluar melihat apa pasal yang riuh… tuan rumah lalu keluar dan mengambil pisau terus menyembelih kedua dua binatang tu sambil berkata… .. Ha… . sekarang sapa yang hebat..!!

Sunday, October 6, 2013

Kisah Pak Ali Yang Jujur

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama tasya shila.
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada tasya shila... kau akan bawakan pula wawa zainal...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"

Saturday, October 5, 2013

Jangan Ingat Seks Je

Cerita 1
Zaulyn merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. zaulyn pun menjerit “..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya..”..

Cerita 2
Azmir meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. azmir tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk “bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau.”


Cerita 3
Saiful nizam menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …”cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas” . Anak saiful nizam yang masih bayi terus menangis meminta susu. saiful nizam semakin tension.


Cerita 4
Syarizal menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar “Come on baby, lets make it…”..katanya berulanang-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan syarizal kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.


Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. khairul azman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. khairul azman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip khairul azman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.



**Kesimpulannya, Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukanya seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks….jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorang yang normal..

dalam dunia ni banyak benda nak fikir dan bayangkan, jangan ingat seks je. terutama yang jantan-jantan tu.

Friday, October 4, 2013

Kekerapan Suami Isteri Melakukan Seks

Seorang professor pakar kajian tentang tabiat manusia telah mengadakan satu seminar di sebuah dewan yang di hadiri oleh lima puluh pasangan suami isteri bermasaalah yang masing-masing berumur dalam lingkungan 40 tahun keatas.

Didalam membentangkan kertas-kerjanya Si professor menerangkan bahawa "mood" seharian sesaorang itu banyak bergantung pada kekerapan mereka melakukan hubungan seks suami isteri. Contohnya:

1. Hubungan seks setiap hari ataupun sekurang-kurangnya 4 hari dalam seminggu. Air muka seorang lelaki akan nampak selalu ceria, peramah dan senang ketawa.
2. Jika hubungan seks dilakukan sekali dalam seminggu. Selalunya nampak ceria dan senanghati pada hari yang tertentu. Kebanyakan hari yang dilalui dengan berwajah serious.
3. Jika hubungan seks dilakukan sekali atau dua kali dalam sebulan. Jangan cuba-cuba bawak bergurau dengan orang seperti ini kerana silap hari bulan penumbuk atau penampar akan singgah ke muka kita.
4. Jika hubungan seks dilakukan sekali atau dua kali dalam setahun. Orang sebegini ada teruk sikit. Raut muka murung memanjang. Kalau dia ketawa pun mungkin hari itu dia kena loteri.

Professor itu cuba buktikan kesahihan kajiannya ini dengan bertanyakan soalan pada salah satu para peserta lelaki.

"Saudara yang duduk di kerusi no 5 barisan dua sila berdiri sebentar." Katanya. "Berapa kerapkah saudara lakukan dalam seminggu?"

"Oh, saya tidak selalu. Dalam sebulan mungkin enam atau tujuh kali saja sebab kami berdua terlalu sibuk dengan urusan perniagaan kami jadi tak ada masa langsung untuk bermesra", kata peserta itu sambil menjeling pada isterinya yang duduk di barisan kumpulan wanita.

Setiap peserta tersenyum simpul sambil menepuk tangan pada jawapan lelaki itu.

"Jadi betulkah tanggapan saya yang saudara ini dalan kategori nombor dua?"
"Ya, keterangan tuan saya setuju". Jawabnya sambil duduk semula.

Kemudian professor itu mengajukan soalan pada sesiapa yang sukarela membuat pengakuan yang mereka berhubungan seks dalam kategori 4.

"Saya, saya.." teriak seorang lelaki yang berumur 50 puluhan yang duduk di barisan belakang berdiri sambil berlonjak-lonjak keriangan.
"Terimakasih. Adakah anda terlalu jarang-jarang berhubungan seks dengan isteri anda?"
"Iya.. betul tu... Setahun kami lakukan hanya sekali aja." Katanya dengan girang.

Para peserta yang lain jadi tertawa dengan telatah lelaki itu.
"Tapi anda kelihatan nampaknya terlalu suka hati. Tidak seperti yang saya jangkakan yang anda tentunya kelihatan sedih. Kenapa agaknya?" Tanya professor itu dengan malu sebab kali ini jangkaannya meleset dan para peserta mungkin tidak mempercayainya lagi.

"Ye..ye.. Tentu sekalilah tuan. Sebab saat yang indah itu adalah MALAM INI!" Katanya sambil memerhatikan isterinya yang duduk jauh di barisan tengah bahagian wanita.

"Ooohh... patutlah.." Professor itu tersenyum simpul.

Satu dewan gegak gempita dengan hilai ketawa kesemua para peserta yang hadir.