Search This Blog

Total Pageviews




Geng-geng Regular YouLawak: mystaz, dballmaster, kryst3L, miss(sitihsa), zackjb88, mimiey95, ekal, mfaiz, nucart, ArmadaLog, Blade2982, Fiqryezan, Muskqim, hyuga5, R3x4raider, zamm90, pocee, Mrjohnny96, hanie3589.


Kawan-kawan Chatango: lily, haikal, sn0wflurry, pr00ne, kebanggaanmasa, inahappy, abgokje(abgbusat @ idhamamin), Milkyteddygurl, haninabila, oldcock, bixs, syasyamira, boogiestu, encemlagibesar, balakbesar, jiwarabak, imskodeng, ayeep, izzatt, Arell, gtrNismo, darkclan2, ziex8, Tidakpilus, cibeng, ramli, dani, misstake, dragon.

Wednesday, February 25, 2015

SALAH NOMBOR DAA....


Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation,dan kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..

Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.
Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik... saya lakukan sekarang
Suami : Cepat!!! Saya tunggu!

Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..

OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!
Suami : Ni kan nombor 5097600?
OG : Bukan, encik. Sini 5907600.
Suami : Oh, sori. Salah nombor

Monday, February 23, 2015

KISAH TOYOL


Razak terpaksa ditugaskan keluar kota . Beliau menyewa sebuah banglo usang yang telahlama tidak berpenghuni. Pesan beliau pada isteri dan anak-anak, dalam tempoh seminggu beliau akan pulang mengambil mereka untuk tinggal sekali dengan beliau di banglo tersebut. 

Pada suatu malam, malam pertama, Razak terdengar riuh rendah di dapur. Dengan beraninya beliau menjenguk dan alangkah terkejutnya beliau mendapati seekor toyol yang sedang lahapnya menjamu apa sahaja makanan di dapur. 

Lantas, beliau membaca ayat-ayat yang pernah beliau pelajari dan dengan tiba-tiba toyol itu terketar-ketar memohon maaf padanya. 

Toyol : Maafkan aku.. aku lapar.
Razak : Takper.. aku maafkan tapi dengan syarat.
Toyol : Apa dia? Aku rela penuhi syarat engkau asalkan aku boleh makan.
Razak : Syarat pertama, engkau jangan ganggu anak isteri aku nanti.
Toyol : Alah... kacang ajer.
Razak : Dan yang kedua..aku memang boleh bagi engkau makan yang sedap-sedap tapi engkau kena bereskan satu tugas..
Toyol : Apa tugasnya?
Razak : (Sambil memusing badannya ke belakang dan mencabut seurat bulu ketiaknya) Nah... aku nak engkau luruskan bulu ini.. selagi ianya tak lurus selagi itu engkau tak boleh makan.
Toyol : Alah... lagi kacang... 

Sejak malam itu, setiap saat dan ketika si toyol berkenaan menjalankan tugas yang diberikan. Saat berganti jam berganti hari, namun bulu tersebut tak jugak lurus-lurus..puas si toyol mencuba namun gagal..Sudah hampir 6 hari si toyol tidak makan..dia terlalu lapar. Namun memandangkan takutnya dia pada 'ayat-ayat' yang dibaca oleh Razak, beliau tetap tekun. 

Pada suatu hari seperti dijanjikan, datanglah isteri dan anak-anak Razak tinggal bersama beliau. Si toyol patuh pada syarat pertama. Sedikit gangguan pun dia tidak lakukan pada isteri dan anak-anak Razak. 

Pada suatu pagi, seperti biasa Razak ke tempat kerja. Tinggallah isteri dan anak-anak di rumah. Si toyol begitu leka meluruskan bulu ketiak Razak di hadapan pintu tanpa nampak dilihat oleh mata kasar anak-anak dan isteri Razak. Hanya Razak yang mampu melihat kelibat si toyol berkenaan. Sedang asyik si toyol menjalankan tugasnya, tiba-tiba.. gedebuk! 

Isteri Razak jatuh tersungkur di hadapan si toyol, maka nampaklah si toyol itu... 

Wuih banyaknya...! Alangkah terkejutnya si toyol...! 

Toyol : "Mak... mati aku... banyak lagi yang nak kena lurus.. matilah...!" 

Larilah si toyol lintang-pukang dan tidak datang-datang lagi ke banglo berkenaan. 

Korang teka sendirilah apsal si toyol tu lari.. Hehe

Saturday, February 21, 2015

APIT NAK IKUT!


Di sebuah rumah setinggan,  tinggallah sebuah keluarga dengan seorang anak lelaki, si Apit. 


Pada suatu malam, si Papa nak menunaikan tanggungjawap kepada si Mama. 

"sayang, abang nak lagi, yang". 



"Ya bang... tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum?" 


Mendapat lampu hijau, si Papa terus teriak. 
"Pit... dah tidur ka kau pit?." 
"belum Papa... tengah baca buku." 
"Sudah...esok saja, dah malam ni, tidur!!!!" 
Kira kira 10 minit lagi, si Papa teriak lagi. 
"Pit.... dah tidur kau Pit? 
"Belum...." Si Papa marah dan memukul si Apit. 



"Disuruh tidur....tidurlah! !!" sehingga kening 
si Apit benjol. 



Esoknya di sekolah si Apit ditanya oleh gurunya,  tentang benjol dikeningnya. 

Berceritalah si Apit dari awal sampai dia dipukul papanya. 
Lalu gurunya pun mengajar si Apit 
"Malam nanti... kalau ditanya lagi, kamu diam saja....ya." 
"Ya....cikgu" . jawab si Apit. 



Malam tu, dia terdengar Papanya bersembang  dengan Mamanya. 

"Sayang, abang nak lagi." 
"Ya bang.....tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum" 
"Pit.....dah tidur kau Pit? Si Apit teringat pesanan 
gurunya, maka dia diam saja, daripada kena benjol lagi, dia pura-pura tidur. 



"Apit....dah tidur kau Pit?" ulang Papanya. 


Apit tetap diam. Kerana tidak ada jawapan, maka Papanya terus mematikan lampu.. jadilah gelap gelita Si Apit ketakutan setengah mati, tapi daripada benjol, dia menahan ketakutannya. 



Terjadilah 'pertarungan' antara Papa dan Mama yang tidak diketahui oleh si Apit. Tak lama kemudian dia dengar suara Papanya. 

"Yang...abang nak keluar ni", 
"Ya...bang kita keluar sama-sama", Apit dengar 
suara Mamanya menjawab. 
Dengan segera si Apit bangkit dan berteriak kuat; 



"Apit nak ikutt...Apit nak ikuttt!!!!" 


Esoknya....APIT BENJOL LAGI...... Hehehe.. sian Apit. Dia tak bersalah :P

Thursday, February 19, 2015

PESANAN DARI ISTERI


Seorang penumpang lelaki menaiki bas untuk ke bandar.. jari tangan kanannya seakan mengembang seolah-olah mencengkam sebiji bola. Kalau ada goyangan dan terlanggar oleh penumpang yang turun dia pasti mengelaknya dan berhati-hati.

Penumpang lain berfikir bahawa mungkin tangan kanannya itu sakit atau cacat. Tak lama kemudian tangan kirinya ditangkupkan untuk membentuk ukuran yang sama seperti yang kanan. Setelah selesai tangan kanannya disandarkan dan kelihatan seperti biasa, digantikan pula dengan tangan kiri yang nampak seperti memegang bola.
Penumpang lain jadi kehairanan. Kenapa orang ini. Tangan kanannya ternyata tidak sakit atau cacat...
Lalu setelah sampai di stesen bas lelaki tersebut pun hendak turun... Lalu ada seorang penumpang memberanikan diri untuk bertanya.

"Bang.. kenapa tangan kiri abang tuu.. sejak dari tadi macam memegang bola.. tangan abang sakit ker..?!!".

"OOOOoo yang ini ya sebenarnya saya membawa pesanan isteri saya untuk membeli bra dan ini adalah ukurannya... kata lelaki tersebut sambil mengangkat tangan kirinya

Lelaki tersebut dan penumpang lainnya hanya melopong sambil berdesis "Oooo ...."

sanggupkan anda menunaikan pesanan mcm nie hehehe :D :D :D ;) ;)

Tuesday, February 17, 2015

PUTERI GOLEK GOLEK


Alkisah, ada le sorang lelaki tu namanya Awang Benjol, kerjanya tiap-tiap hari Mencari rotan di hutan berhampiran.

Pada suatu hari, dia masuk kehutan seperti biasa mencari rotan, tapi kali ni ketempat yang baru sikit, kerana tempat lama rotan dah habis. Semasa tengah mencari akar rotan yang sesuai tu, dia terjumpa sebuah tasik, sangat lah cantik ditengah2 hutan tu. Terkejut beruk si awang ni, heran, campur pelik, tak pernah jumpa tengah2 hutan ada tasik yang sebegini cantik. Disekeliling tasik tu terdapat pasir puteh, bertambahlah pelik Awang melihatnya. Dihampiri
tasek tersebut dari celah-celah semak dan pokok hutan yang kecil.



Tiba-tiba semasa mengendap tu awang terlihat, ada seorang puteri sedang Mandi bogel, terbeliak mata si awang, orang ke hantu ni, bentak hatinya, nak lari ketidak? Tapi seronok jugak mengendap ni, bukannya puteri tu nampak dia. Tapi yang bertambah peliknya ditepi tasek tu ada pengawal yang sedang berjaga semasa Puteri tu mandi. Setelah mandi, puteri tu naik ke tepi, baring atas pasir puteh tu dan golek-golek badan dia beberapa kali. Bagai nak terkeluar mata si awang nih, jantung pulak bagai nak meletop. Selepas itu puteri pun memakai pakaiannya dan berlalu bersama dua orang pengawalnya yang lengkap dengan senjata tombak dan keris.

Bila semuanya dirasakan selamat, barulah awang keluar dari tempat dia menyorok dan terus lari pulang kerumahnya dihujung kampung. Malam tu
awang tak dapat tido, nak diberitahu isteri, takut dia marah dan tak kasi pergi lagi. Rugi pulak rasenya. Kalau diberitahu kengkawan yang lain, takut ramai yang pergi ngendap, dah tak syok pulak. Pikir punya pikir, ping! Awang dapat satu idea bernas..

Esok pagi, seawal pukul lima, awang dah bertolak menuju kehutan dara tu, bini dia pun naik heran, buang tebiat ke laki dia ni, pergi hutan subuh2. Setelah berjalan beberapa jam, sampailah dia ke tasek tersebut. Awang terus menggali lubang dimana tempat puteri tu golek golekkan badannya selepas mandi semalam. Setelah selesai disorokkan cangkul untuk menggali tadi kat semak, lepas tu dia masukkan dirinya kedalam lubang tadi, dia timbus seluruh badannya dengan pasir dan yang ditinggalkan diluar hanya "anu" saja. Tak lama selepas tu seperti biasa puteri hutan tu pun turun mandi dan berenang kat tasek tu, seperti biasa selepas berenang dia ketebing untuk golek golek. Tiba -tiba masa golek-golek tu
dia terpandang sesuatu, "anu" si awang le tu. Aik!
Kata puteri tu, bila pulak ada cendawan tumbuh nih, dia pun cuba nak cabut, tak boleh, mula mula lembik, bila cuba nak cabut jadi keras pulak, heran puteri tu, cendawan jenis apa nih, bila cuba cabut lagi, cendawan tu kembang dan berair. Heran punya cendawan, kata puteri dalam hati. Pasal tak boleh cabut puteri pun berlalu bersama pengawalnya dan hilang ditengah hutan.

Setelah terasa selamat, awang pun keluar dari lubang tu, cari seluar yang disorok, lari balik rumah dengan perasaan gembira yang amat sangat, punya tak tahan seronoknya tu, habis satu kampung semua orang lelaki diceritanya, tak kira kecik ke besar.



Esoknya seperti biasa puteri nak mandi kat tasek kegemaranya tu lah. Punya la terkejut Mak oi, kenapa hari banyak sangat cendawan tumbuh, beratus ratus tumbuh kat pasi ni, ada yang kecik, ada yang besar, ada dah tua ganyut punya cendawan pun ada. Tiba-tiba tuan puteri berasa sangat marah. Dipanggilnya penggawal peribadi.

"Pengawal, ambil kan beta masin potong rumpun, bersihkan kawasan ni dulu baru beta akan turun mandi"

Maka, bermula lah episod satu kampung semua tak ade cendawan lagi..

Tuesday, February 10, 2015

MONYET TUMBUH RAMBUT


Seorang gadis yang sdg meningkat remaja bingung setelah tahu tumbuh rambut di bahagian kewanitaannya. Dia pun ngadu ke ibunya.

Ibu tersenyum dan menenangkan hati gadis kecilnya. "takpe, dik. Semua perempuan pasti begitu. Tempat tumbuh rambut atau bulu tu kite namakan Monyet Jadi tak ape kalo Monyet tumbuh rambut, ya kan??" Si Gadis pun lega.

Pada saat makan malam, si Gadis Kecil cerita pada kakak perempuannya yang sudah berkawin "Kakak belum tau kan? Monyet Adik sudah tumbuh rambut!"

Kakak yang sedang asyik makan merasa terganggu dengan celoteh adiknya tersebut, "sudah2 la, dik.. Kakak nih lebih tua dari kamu!"

Ibu hanya tersenyum kecil mendengar percakapan anak-anak gadisnya tersebut.

Adik yang merasa diremehkan membalas,"Walaupun umur adik lebih muda, tapi Monyet adik sudah tumbuh rambut! Kakak belum tentu!!"

Si Kakak berhenti makan lalu memandang ke arah adiknya. "Monyet kamu baru tumbuh rambut!...Monyet Kakak sudah makan PiSANG Tau!..HAHAHAHA..

P/S : Pisang tanduk...opssss

Sunday, February 8, 2015

PIL VIAGRA


Seorang wanita dalam usia awal 40-an datang berjumpa doktor dengan wajah yang muram durja seraya berkata, "Suami saya begitu dingin sejak akhir-akhir ini, saya perlukan pertolongan dari Tuan.."

"Kenapa Puan tidak mencuba viagra? Ia suatu penemuan hebat di abad ini!" ujar doktor tersebut. 

"Oh, please.. Dia tak suka dengan ubatan dan pil rangsangan, dah puas saya memujuknya!"

"Begini Puan, Puan boleh cuba tanpa disedarinya.. Masukkan dalam minumannya.. Dia takkan tahu sebab pil ini tiada perasa.." nasihat doktor itu lagi. 

"Ok,.. saya akan cuba.." kata wanita tersebut sambil berlalu.

Keesokan harinya datang lagi wanita tersebut dengan muka yang merah padam berjumpa doktor tersebut sambil berkata, "Sungguh memalukan! Sungguh memalukan!'

Sambil terkejut doktor itu berkata, 'Kenapa, tak berkesankah?"

"Oh tidak tuan doktor, kesannya amat semerta.. Sambil minum petang semalam, saya ikut nasihat Doktor.. Setelah menghabiskan minuman, mukanya bertukar menjadi merah, terus menghumbankan semua isi meja ke lantai, merentap skirt saya dan mem..bla..bla..bla.. Di atas meja makan itu juga! Ianya berlangsung hampir satu jam dan ini permainan yang paling hebat pernah saya rasa sejak 20 tahun lalu..!"

"Habis.. apa masalahnya?" tanya doktor kehairanan.

"Yelah.. Mana saya nak letak muka dengan ibu, ayah, mertua, anak-anak dan pembantu rumah saya!! Kami sedang minum petang bersama-sama!!" 

P/S : One happy family.....