Search This Blog

Total Pageviews




Geng-geng Regular YouLawak: mystaz, dballmaster, kryst3L, miss(sitihsa), zackjb88, mimiey95, ekal, mfaiz, nucart, ArmadaLog, Blade2982, Fiqryezan, Muskqim, hyuga5, R3x4raider, zamm90, pocee, Mrjohnny96, hanie3589.


Kawan-kawan Chatango: lily, haikal, sn0wflurry, pr00ne, kebanggaanmasa, inahappy, abgokje(abgbusat @ idhamamin), Milkyteddygurl, haninabila, oldcock, bixs, syasyamira, boogiestu, encemlagibesar, balakbesar, jiwarabak, imskodeng, ayeep, izzatt, Arell, gtrNismo, darkclan2, ziex8, Tidakpilus, cibeng, ramli, dani, misstake, dragon.

Tuesday, January 27, 2015

IBU, ANAK & MENANTU

Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di
sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi.........tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. ‘

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya supaya mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman.
Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman.......tapi malang telah menimpa mereka......

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan......

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya......tambahan mengetahui berita tentang wajah anaknya akan menjadi cacat seumur
hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan........Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk
pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu
menjawab......penderma tersebut menyuruh saya agar
tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.


Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk
pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu
yang pipi anaknya di cium berkali-kali itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi Salmah?

Sunday, January 25, 2015

KISAH ORG KELANTAN DGN ORG NEGERI SEMBILAN

Kisah ni diceritakan oleh kawan aku. Mamat ni asal Kelantan. Mmg pure kelantan. Satu hari tu dia ceritakan macam mana first time dia dtg ke
Seremban sebab nak interview kerja dgn salah sebuah Syarikat Pengangkutan.

Nak diceritakan disini, dalam pada masa dia mencari kat mana lokasi pejabat syarikat pengangkutan tu maka dia pun bertanyalah dgn sorang lelaki. “Bey tumpey tanyo. Dimano pejabat syarikat pengangkutey?”
Lelaki tu tengok dia atas bawah, atas bawah. “Ekau biar bonar. Cakap tu elok-elok sikit jang”

“Betul doh kawey kecek nih. syarikat pengangkutey, pengangkutey..”
“Budak ni ado yg lobam nanti kang..” Brother tadi dah mula naik hangin sikit.. Memandangkan member aku tau brader tu tak berapa faham cakap dia maka dia pun tunjukkan alamat pejabat tu..
” Ni ha alamat dio, XXXX Transportation Sdn. Bhd… ., transportation, transportation”

“Oo… transportation.. ingat apo bondo tadi pegang kotey pegang kotey..”
Barulah brader tadi faham.. Maka brader tu pun bagilah arahan macam mana nak gi ke pejabat tu. Walking distance jer tapi nak kena belok ikut 2-3 simpang jugaklah. Tapi maklumlah ibaratnya sorang cakap ayam, sorang cakap itik maka timbul lagi kekeliruan. Jadi member aku ni mintak tolong brader tu lukiskan pelan..

“Abey buleh tunjuk peley dok?”
Lagi sekali brader nogori tuh terkojut . Sekali lagi dia tengok member aku ni atas bawah, atas bawah.

“HESHH… ! Ekau kan dah ado tu. Nak buek apo lai tunjuk den punyo!?” Brader tu start bengang dah. Maka member aku ni pun terkial-kial lah keluarkan pen dgn kertas sambil mintak brader tu lukiskan..
“Lukih lukih peley nok gi ke sano..”
“Oooo.. mintak tunjuk lukis polan ingat nak mintak tunjuk apo tadi… hishh
kau ni jang… .” Maka brader tu pun tolonglah lukiskan pelan.
Walaupun berlaku beberapa salah faham tapi diatas keikhlasan brader tu maka member aku pun akhirnya sampai ke pejebat yg ditujunya tu dan hasilnya dia diterima bekerja dgn syarikat tersebut.

Friday, January 2, 2015

TEKA TEKI UNTUK CIKGU


Ada seorang budak sekolah darjah 5,memberi teka - teki kepada cikgu bahasa melayunya.

Pelajar: Cikgu pandai tak? 

Cikgu : mestilah pandai, kalau tak, tak jadi cikgu... 

Pelajar: emm kalo cikgu pandai, cikgu jawap teka-teki ni 

Cikgu : ha, ape dia? 

Pelajar : ulat gonggok berapa kaki? 

Cikgu : emmm Kalo mengikut kajian 100 kaki. betul?

Pelajar : salah..

Cikgu : 99 

Pelajar : salah! 

Cikgu : emm...da tu berapa kaki? 

Pelajar : cikgu kan pandai, kalau tak mcm mana leh jadi cikgu... 

Pelajar itu mengenakan cikgunya, lalu cikgunya terdiam.. dan akhirnya dia menyerah..

Cikgu : ok kalau semua salah, apa jawapannya.? 

Pelajar : jawapannya, tak sampai satu kaki pun, sebab ulat gonggok pendek je...hehehe