Pages

Wednesday, December 31, 2014

DAGING YANG BOLEH TERBANG & BERENANG SAHAJA

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor : ‘Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang’ 

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? Salim berada di dalam air melatih kambing berenang!!!

Monday, December 29, 2014

SUSU LEMBU


Seorang petani sedang duduk di tangga rumahnya sambil menghisap berkotak-kotak rokok dan merenung jauh ke padang rumput.Seorang jirannya lalu di depan rumahnya dan terus menegurnya.

Usup : Ai… Daud kenapa dengan ko ni? muke sedih jer.

Si petani melihat jirannya dengan nada sedih dan termenung

Daud : Ntah la usop oi,susah aku nak cakap pasal masalah aku ni.

Si Usop duduk mendekati si daud ingin mendengar cerita ape masalah yang dihadapi oleh si daud.

Usop : Apanye yang susah ko nak cakap?Teruk sangat ke masalah ko ni?sampai berkotak-kotak rokok ko hisap hari ni.
Daud : Macam ni, seperti biasa la kan.Aku ke kandang lembu aku tu nak perah susu.Perah punya perah, masa tu dah dekat penuh satu baldi dah.Tiba-tiba kaki kanan si lembu aku ni g tendang baldi susu tu.Habis tumpah semuanyer.

Usop : La pasal tu je ke? ko monyok sampai camni sekali kenape?
Daud : Ntah la Usop, susah aku nak cakap.

Usop : Ape die yang susahnya?cakap je la.
Daud : Aku ikat la kaki kanan lembu aku tu kat tiang dengan tali.Pastu aku sambung perah lagi.Dah hampir
penuh satu baldi, Kaki kiri lembu tu plak tendang baldi susu tu.Tumpah lagi.

Usop : Haaa kena tendang lagi??
Daud : Ntah la Usop susah aku nak cakap kat ko dah.

Usop : Abis tu?ko watpe lagi kat lembu tu?
Daud : Aku ikat la kaki kiri lembu tu kat tiang plak.Pastu aku sambung perah lagi susu tu.Dah nak hampir penuh je, ekor si lembu tu libas lagi skali baldi susu aku.Tumpah lagi susu tu!!.

Usop : Patutla ko monyok je, tapi aku tengok teruk sangat ko ni.Takkan pasal susu tumpah ko sampai berkotak-kotak hisap rokok?
Daud : Tak la usop, susah aku nak cakap kat ko ni.

Usop : Adooiiii, asyik cakap susah nak cakap jer ko ni.Habis tu ko watpe lagi kat lembu ko tu?ko perah lagi ke susunyer?
Daud : Tali aku dah habis guna wat ikat kaki lembu tu.Jadi aku guna la tali pinggang aku ni wat ikat ekor lembu tu. Seluar aku jadi longgar bile takde tali pinggang. Bile seluar aku terlondeh je, tiba2 bini aku datang.

" Bini: Abang buat apa tu!!!!!!! (Bagi pelempang). Dengan lembu pun ada nafsu. Ceraikan saya! "

Daud: Tak sangka pulak aku benda ni boleh jadi macamtu kat aku.
Usop: ????

Friday, December 26, 2014

MENYAMAR JADI MUSLIM


Dua orang Kristian tersesat di padang pasir. Seorang nama David, seorang lagi Michael.Mereka sangat kelaparan dan kehausan.  Tiba-tiba mereka menjumpai sebuah oasis, nampak seperti ada sebuah masjid di tengah-tengahnya.

Daud berkata kepada Michael: 
"Lihat, mari kita menyamar jadi Muslim, kalau tidak kita tidak akan mendapatkan makanan atau minuman.Saya akan menyebut diriku Ahmad."

Michael menolak untuk mengubah namanya, ia berkata: 

"Nama saya Michael,aku tidak mahu berpura-pura menjadi orang lain."

Imam masjid menerima keduanya dengan baik dan bertanyakan nama mereka.

Daud berkata: "Nama saya adalah Ahmad."

Michael berkata: "Nama saya Michael."

Imam pun berkata pada pembantu masjid :

"Tolong bawakan makanan dan air untuk Michael saja."

Kemudian ia berkata kepada Ahmad:

"Ahmad. Saya harap Anda menyedari bahawa kita masih dalam bulan suci Ramadhan."

Wednesday, December 24, 2014

LATIHAN DETEKTIF


Latihan Detektif Mengenali Suspek

SEORANG polis menguji tiga orang yang mengikuti latihan untuk menjadi detektif. Demi menguji kemahiran mereka dalam mengenali suspek, ia menunjukkan sekeping foto bahagian sisi(separuh) seorang penjenayah kepada ketiga-tiga orang tersebut. Orang yang pertama ditunjukkan gambar tersebut selama 5 saat.



"Ini ialah suspek anda, bagaimana anda mengenalinya?"
Jawapan orang pertama, "Itu mudah, kita akan menangkapnya dengan cepat kerana ia hanya mempunyai satu mata!"
Polis itu berkata, "Wah, bukan itu! Itu kerana saya menunjukkan gambar sisinya sahaja. "



Sedikit hairan dengan respons tidak masuk akal ini, ia menunjukkan gambar selama 5 saat kepada orang kedua dan bertanya kepadanya, "Ini ialah suspek anda, bagaimana anda mengenalinya? "
Sambil ketawa kecil, orang kedua berkata, "Ha! Dia akan terlalu mudah untuk ditangkap kerana ia hanya mempunyai satu telinga!"



Polis itu dengan marahnya memberi respons, "Apa yang terjadi dengan kamu berdua? Tentu saja hanya satu mata dan satu telinga kerana gambarnya menghadap ke bahagian sisi! Apakah itu jawapan terbaik yang boleh kalian berikan?!!"



Dia begitu kecewa sehingga semasa menunjukkan gambar ini kepada orang ketiga, ia bertanya dengan suara yang sangat rata, "Ini ialah suspek anda, bagaimana anda mengenalinya? Tolong difikir dulu sebelum memberikan jawapan."
Kelihatan orang ketiga melihat ke gambar itu dan berkata, "Hmmm.. suspek memakai 'contact lens'."
Polis penguji itu terkejut dan tidak boleh berkata-kata kerana ia sendiri sama sekali tidak tahu jika suspek memakai 'contact lens' atau tidak.
"Nah, itu jawapan yang menarik.. tunggu di sini selama beberapa minit sementara saya menyemak file sebenar suspek dan saya akan kembali kepada anda."



Dia meninggalkan bilik dan pergi ke pejabatnya, menyemak file suspek dalam komputer, dan kembali dengan senyum berseri-seri di wajahnya.
"Wow! Saya tidak percaya itu. Itu benar! Suspek sebenarnya memakai 'contact lens'. 'Good work'! Bagaimana awak boleh membuat pemerhatian yang tajam seperti itu? "
"Itu mudah," jawab orang ketiga itu, "Dia tidak boleh memakai cermin mata biasa kerana ia hanya mempunyai satu mata dan satu telinga."
Polis penguji: "???!!"

Monday, December 22, 2014

MEMANDU MELEBIHI HAD LAJU

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datangla sebuah kereta evo7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.

"a'ha rosak " jawap pakcik tu simple aje....

"Ok, cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..

Mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.

Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'



Saturday, December 20, 2014

PANDAI PUNYA HAL


Di sebuah sekolah dewasa yang dirahsiakan namanya,  sekumpulan pelajar dewasa baru memulakan pembelajaran mereka, bermula dgn mata pelajaran Matematik.. sepanjang hari mereka tekun belajar semua asas Matematik..
Bila tamat masa persekolahan, mereka keluar dari sekolah dgn hati gembira & puas hati kerana telah menguasai asas Matematik..
"Seronok betul rupanya belajar Matematik kan", kata mereka berbual sesama mereka.
"Alangkah bagusnya kita mula belajar lebih awal dulu masa muda2 lagi..", kata yg lain.
"Besok kita mesti dtg lagi, tidak sabar rasanya hendak belajar lagi." 
Begitu la suara2 puas hati mereka.
Seorang dari mereka menuju ke keretanya yg diparkir agak jauh dr sekolah dewasa itu.
Di sebelah parkir keretanya adalah sebuah kereta 4x4 double cab. Sebelum masuk ke keretanya, matanya lama terpaku ke tulisan 4x4 itu,
"Kenapa tiada jawapannya ya?"
Lalu dia dengan spontannya mengambil sebiji batu kecil & menulis jawapan 16 di hujung tulisan 4x4 itu. Selepas itu dia memandu pergi dgn sgt senang hati.



Tamat masa bekerja, tuan punya kreta 4x4 itu pun pergi ke keretanya. Dia bekerja di sebuah pejabat berhampiran parkir itu. Alangkah terkejutnya dia melihat keadaan badan kretanya yg telah diguris dengan benda tajam. Dia menyumpah sehabis2nya.
Lalu dia singgah ke kedai aksesori kereta & membeli spray utk menutup gurisan itu.



Besoknya, balik dr sek dewasa, si kawan yg masih parkir kretanya d tpt yg sama terkejut melihat kreta 4x4 yg sama itu telah menutup jawapnnya smlm, "Mungkin jawapan ku salah ya.." Dia mengira sungguh2 supaya tidak silap sehingga puas hati. 'Betullah 16. Kenapa jawapanku dipadam? Oh iya, aku lupa tulis simbol ='. Oleh itu, dia menulis semula jawapan '= 16'.. dan memandu pergi dgn sgt senang hati.



Balik dr kerja, si tuan punya kereta skali lagi mengamuk bila ternampak badan keretanya diguris bgitu. Bila direnung gurisan itu, terdetik di hatinya, 'Betul juga, 4x4=16. Bodoh juga Jepun, buat kereta tulis 4x4 tiada jawapannya.' Lalu dia singgah di kedai aksesori kereta & membeli spray putih. Mula2 ditutup rapi gurisan itu, kemudian ditulisnya cantik2 jawapan '=16'. 'Mesti tukang guris itu tidak akan ada peluang lagi buat jenayah ini', yakininya.



Hari selanjutnya, balik dr sek dewasa, si kwn mencari2 kreta 4x4 yg sama. Dia sgt puas hati bila melihat jawapan nya smlm tidak dipadam malah ditulis semula dengan rapi. 



'Ya begitu la baru betul!' Serunya. Lalu dia mengambil sebiji batu kecil skali lagi & menanda ✔..