Pages

Monday, September 29, 2014

ANALISA AIR MANI


Pada satu hari, seorang lelaki tua berumur 75 tahun telah berjumpa dengan seorang doktor untuk membuat analisis kesuburan dan jumlah kandungan sperma yang ada dalam air maninya. Kemudian doktor itu pun memberikan sebuah botol lalau berkata,

"Pakcik ambil botol nie, esok datang balik jumpa saya bersama dengan contoh air mani pakcik kat dalam botol nie ye."

Pada keesokan harinya, lelaki tua datang kembali bersama botol yang diberikan oleh doktor itu semalam. Tapi doktor tu tengok takde apa pun yang terisi kat dalam botol tu, kosong jer. Doktor tu bertanya ler kat orang tua tu, "Apsal pakcik tak isi contoh air mani pakcik dalam botol nie??".

Lelaki tua tu pun menjawab, "Tuan doktor, ceritanya begini, pada mulanya tu, saya guna tangan kanan saya, tapi tak dapat jugak. Kemudian saya gunakan plak tangan kiri, pun tak dapat jugak. Kemudian saya suruh isteri saya tolong. Isteri saya guna tangan kanan pun tak dapat, tangan kiri pun tak dapat. Kemudian isteri saya pakai mulut plak, tak dapat jugak. Pas tu dier gunakan gigi, pun tak dapat. Susah betul, sebab kami dah habis ikhtiar, saya panggil anak perempuan jiran sebelah rumah kami, dier pakai tangan dengan mulut jugak, pun tak dapat-dapat jugak", terang lelaki tua tu.

"APA??? Awak mintak tolong dari anak perempuan jiran awak..???", tanya doktor tu terkejut beruk. Lelaki tua tu pun menjawab lagi,

"Ya., betul tuan doktor, bagaimana kuatnya kami cuba, tapi masih jugak tak dapat nak bukak TUTUP BOTOL nie!!!"...


Saturday, September 27, 2014

KISAH KANGGARU


Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi. Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu pun lantas memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.

Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Dikatakan sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.

Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?".

Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya".

Thursday, September 25, 2014

TIKUS & KELAWAR

Malam itu di sebuah bot tinggal kelihatan sekeluarga tikus sedang asyik berbual-bual mesra sambil memandang keindahan bulan purnama.

Sedang asyik berbual, seekor kelawar terbang di atas bot tinggal itu dan terus duduk melepak di atas dahan pokok yang berdekatan. 

Anak tikus itu pun mengamati wajah kelawar itu sambil membandingkannya dengan wajah ibu dan ayahnya. Kerana merasa pelik dengan kelawar itu, maka tanpa segan-segan si anak tikus pun bertanya kepada ibunya

"Ibu lihat, binatang apakah di atas itu?"

Sang ibu tikus pun melihat ke atas lantas menjawab, "Ooo ..., itu kelawar namanya nak...."

Si anak tikus pun bertanya lagi, "Kelawar? Tapi kenapa muka dia sama dengan muka kita ibu?"

Sang ayah pun dengan selamba menjawab, "Sebenarnya kelawar itu adalah sebangsa denga kita..., tapi dia ambil jurusan penerbangan...!!!"

Tuesday, September 23, 2014

PRESIDEN YANG BODOH


Suatu hari seorang presiden sebuah negara pergi melihat pameran koleksi gambar terbaik dunia. Maka sambil ditemani oleh pengarah pameran tersebut, berjalanlah si sang presiden dengan penuh bangganya.

Presiden : "Wah, gambar ini amat bagus. Gambar ikannya kelihatan benar-benar hidup"

Pengarah : "Shuhhh... Jangan sebut dengan kuat Tuan Presiden. Itu gambar buaya"

Presiden : "Oh... Aku tahu! Cuma aku tersasul"

Kemudian mereka berjalan pula ke lukisan lain. Sampai di salah satu gambar

Presiden : "Gambar gajah ini benar-benar gagah, ini boleh menakutkan kanak-kanak yang melihatnya"

Pengarah : "Shuhhh… Tak perlu sebut kuat-kuat Tuan Presiden. Itu gambar ziraffah"

Presiden : "$%^&!@#"

Presiden itu kemudian menahan diri daripada terus memberi komen kerana risau kebodohannya terserlah. Tapi bila melihatkan gambar seekor monyet berkacamata di hadapannya tanpa teragak-agak lagi beliau terus menunjukkan 'kepandaiannya'

Presiden : "Haha... Ini adalah gambar monyet yang paling hodoh pernah saya lihat! Lihatlah giginya yang kuning dan mukanya yang berjerawat, kenapalah korang gamak menyimpan gambar semacam ini"

Pengarah pameran itu sedikit terperanjat dan terpegun, tapi dengan pantas dia berkata

"Pssttt… Jangan kuat sangat Tuan presiden. Itu sebenarnya cermin!"

Sunday, September 21, 2014

JIN PUN TAK MAMPU TOLONG


Tersebutlah kisah seorang tua miskin di negara Indonesia yang menghabiskan sisa hidupnya dengan memancing di sebuah sungai, kononnya pada suatu hari dia telah menemui sebuah botol yang terapung dan tertutup rapi.

Disebabkan merasa pelik, maka orang tua itu pun membuka penutup botol tersebut untuk melihat isi di dalamnya. Tiba-tiba dari dalam botol keluar asap tebal yang berkepul-kepul dan perlahan-lahan membentuk sebuah lembaga Jin raksasa.

Tanpa berlengah lagi Jin itu pun bersuara "Terima kasih tuan, tuan telah membebaskan saya dari kurungan yang telah membelenggu saya selama 5000 tahun. Untuk itu tuan bolehlah meminta tiga permintaan, semuanya akan saya kabulkan dengan kuasa sakti milik saya" kata Jin.

Setelah perasaan terkejut orang tua itu kembali mereda, orang tua itu pun diam sejenak untuk memikirkan permintaannya. Tidak lama kemudian dia berkata, "Baiklah Jin saya ingin tahun ini tiga kejadian besar terjadi di negeri saya, pertama saya ingin nilai tukaran wang rupiah di negeri saya kembali menjadi Rp. 2500 per 1 dollar US, kedua saya mahu semua wang hasil rasuah baik oleh pihak swasta ataupun kerajaan dikembalikan semula kepada rakyat dan kesemua pelakunya dipenjarakan, ketiga saya ingin undang-undang benar-benar ditegakkan di negeri saya."

Sang Jin berfikir sejenak, kemudian menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak bersetuju, perlahan-lahan jasadnya bertukar semula menjadi asap lalu berkumpul masuk ke dalam botol tersebut. Dari dalam botol itu si Jin berteriak,

"Tuan, minta tolong agar botolnya ditutup kembali...!!!!!"

Friday, September 19, 2014

SEDUT! SEDUT! SEDUT!


Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di istiharkan sebagai pemenang.

Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau dan lain2 di atas meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga peserta yang datangkan dari seluruh penjuru duniapun bersedia. Pengadil memulai pertandingan.

Peserta Pertama datang dari Afrika,... .(peserta pertama pun bersedia) Siapppp ... . Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil berkata "eserta pertama berhasil menghisap sebuah mejaaa!",

Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan. Huuusp!... . Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang... . semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata "eserta kedua berhasil menyedut 3 buah meja... !!",

Sekarang giliran peserta ke tiga... .dari Malaysia. Semua penonton meng booo kerana mereka percaya... sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa biji kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat untuk memulakan sedutan hidungnya... tiba tiba... ..zupsssss stadium menjadi gelap dan lampu mati.

Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata : "Saudara saudara para penonton sekalian... Peserta ketiga berjaya menyedut sebuah stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ... ... ... .!""

Wednesday, September 17, 2014

1000 CIUMAN


Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yang terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang , Indonesia. Bulan ni dia tidak dapat mengirimkan wang untuk isterinya di kampung halaman. Dia hanya dapat mengirimkan surat yang isinya seperti di bawah:

Isteriku tercinta,
Maafkan kanda sayang, bulan ini kanda tidak dapat kirimkan wang untuk keperluan keluarga di rumah. Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu hanya 1000 ciuman.

Paling cinta,
Kanda Suparjo

Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya.

Kanda Suparjo tersayang,
Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Untuk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:
Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.
Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.
Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.
Tauke kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yang lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.
Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yang dah 3 bulan tertunggak.

Besok Dinda nak ke pajak gadai untuk tukar 200 ciuman dengan wang tunai sebab tauke pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yang lain dengan wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.

Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman. Kanda tersayang.. bulan ni Dinda merasa menjadi orang paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.

Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??

Paling sayang dari,
Dinda Suti Nirwingsih

…. gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!

Monday, September 15, 2014

SEWA HOTEL MAHAL


Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

"Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size".

Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sunnguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia berteriak. "Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?" Engkau tahu ak siapa? Aku Orang kaya tau tak!.

"Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini", kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu buat-buat selamber jalan keluar selepas bayar dengan kad credit bapanya.

Saturday, September 13, 2014

JANDA MUDA


Imah, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri disebuah banglo dua tingkat. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda menggilainya tapi Imah tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta-harta Imah bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Kini sudah masuk tahun ke-3 Imah tidak bersuami. Sudah lama dia bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan penjagaan diri.

Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan. Tambahan lagi, Imah tinggal berseorangan dalam kegelapan.Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Imah amat kehausan sekali. Perasaan Imah semakin resah. Sabar Imah menunggu, sejam dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak.

Tok!!! Tokkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. "Ohhhh! Syukurlah!!!
"kata Imah di dalam hatinya. Imah terus berlari membuka tingkap rumahnya yang diketuk itu.Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan 30an berambut mawi melemparkan senyuman manis kepada Imah. Imah pun membalas senyuman itu.Senyuman mereka berdua jelas kelihatan didalam samar-samar cahaya torch light milik lelaki itu.

Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Imah.Inilah saat pertama kalinya Imah memegang tangan lelaki semenjak suaminya meninggal dunia. Peluh Imah keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut.

Lelaki itu memimpin Imah berjalan."duduklah di sini" kata lelaki itu.Imah pun duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki itu dan tiba-tiba Imah terasa punggungnya menjadi dingin.

Dingin dan sejuk akibat air telah mula, membasahi punggungnya yang gebu itu.Tak pernah Imah merasa punggungnya sebasah ini. Seolah2 dugaan ini memang hebat.

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata "Ohhh!! Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah selamat!" Jawab Imah "Yalah!! Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir ni nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi. Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja, jadi dapatlah saya menunggu di sini".

Lelaki tadi terus menghidupkan semula enjin sampannya lalu terus ke pusat
pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan. Begitulah kisah bagaimana punggung Imah jadi basah ...

Thursday, September 11, 2014

BURUNG KAKAK TUA


Seorang perempuan melalui sebuah kedai haiwan peliharaan. Tiba-tiba seekor burung kakak tua menegurnya, “perempuan hodoh, perempuan hodoh.”

Perempuan itu sangat malu lalu berjalan dengan pantas meninggalkan kedai itu.

Dalam perjalanan balik perempuan tadi melalui kedai yang sama. Sekali lagi burung kakak tua itu berkata, “perempuan hodoh. Mari tengok perempuan hodoh.”

Kali ini perempuan itu hilang sabar lalu masuk ke dalam kedai itu. Dia berjumpa dengan pemilik kedai itu lalu memberi amaran yang dia akan menyaman pemilik kedai itu dan membakar burung kakak tuanya. Pemilik kedai berjanji yang burung kakak tua itu tidak akan mengata perempuan itu lagi.

Keesokan harinya perempuan itu melalui kedai yang sama. Burung kakak tua itu menegurnya, “Hello!” 

Perempuan itu menjawab dengan marah, “apa lagi hah!” 

“Faham-faham sendirilah,” jawab burung itu.

Tuesday, September 9, 2014

ROMPAKAN BANK


Tersebutlah kisah dua orang perompak Bank yang amat terkenal dan menjadi buruan polis.

Malam itu, mereka telah merancang untuk merompak sebuah bank yang baru dibuka dekat rumah mereka.

Mereka tahu banyak duit di dalam bank tersebut kerana ramai pelanggan yang keluar masuk setiap hari.

Pada masa yang dijanjikan, mereka pun menyelinaplah ke dalam bank. Masuk sahaja ke dalam bank, mereka berdua berpandangan sesama sendiri dan kehairanan. Kenapa ada banyak peti di dalam bank dan kawasannya dilitupi oleh udara sejuk! Bisik mereka. "Tak kisahlah" kata pencuri yang berbadan pendek, yang penting malam itu perut mereka mesti berisi!

Mereka pun mula menggeledah peti-peti yang ada dalam bank tersebut. Peti pertama dibuka, isinya agar-agar segar yang dibalut plastik lutsinar! Mereka tambah bingung lagi!

Lapar punya pasal mereka pun mula menghirup agar-agar tersebut. Iyalah mencuri, mencuri jugak. Makan kena jaga! Kata pencuri yang pendek. Sedar tak sedar mereka berjaya jugak bedal dan habiskan kesemua agar-agar di dalam peti itu.

Suksesss...

Peti kedua dibuka, isinya agar - agar lagi! Ya sudah, rezeki jangan ditolak. Mereka makan lagi dan lagi dan lagi. Sehinggalah sampai ke peti yang ketiga,

akibat kehairanan, mereka buka ke semua peti yang ada di dalam bank itu.

Isinya semua sama agar-agar! 

Bercampur kepenatan dan kekecewaan maka mereka pun makanlah kesemua agar-agar yang ada. Tak cukup dengan itu, beberapa plastik disimpan untuk hidangan esok hari.

Mereka akhirnya pulang. Esoknya, di Halaman depan Newspaper,

Berita utama : "BANK SPERMA DIROMPAK"

Sunday, September 7, 2014

KISAH TOK IMAM & 3 REMAJA


Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami bukt ika n yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" Maka apbl hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takb ira tul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takb ira tul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..." Tok imam pun terkedu & terpana...

Friday, September 5, 2014

MONYET YANG BODOH

Suatu ketika dahulu, di sebuah hutan tebal yang dipisahkan oleh sebatang anak sungai, tinggal dua ekor binatang yang berjiran. Di sebelah kanan ialah tempat tinggal seekor monyet, manakala di sebelahnya pula merupakan tempat tinggal sang gajah.

Pada suatu hari, sedang si gajah menikmati hidangan tengah harinya di atas sebatang tunggul kayu, dia mendengar namanya dipanggil berulang kali oleh jirannya si monyet.

"Hei! Hei, Geripin, menyeberanglah ke sini. Aku ingin tunjukkan sesuatu padamu!"

"Kejap lagi boleh tak beruk! Aku sedang makan nie"

"Oh, marilah!" kata monyet. "Ini benar-benar penting dan menarik. Sure kau tangkap leleh punya"

"Ceciter.. Apa yang menariknya?"

"Mailah sini dulu, nanti aku tunjuklah kat ko... Baik punyerr..."

Sebab ingin tahu apa yang monyet mahu tunjukkan, maka gajah pun pergilah menyeberangi sungai yang lebar itu. Setelah 7 jam berenang dan bertarung nyawa sehinggakan hampir-hampir mati lemas. Akhirnya sampai juga gajah di seberang. Sambil tecungap-cungap kepenatan, gajah pun bertanya kepada monyet tujuan beliau menyuruhnya ke seberang.

"Hah, monyet apa yang ingin kamu beritahu kepadaku?" dia termengah.

"Hei, Geripin" monyet itu berkata, "cuba kau lihat buah yang merimbun dan masak ranum kat seberang itu!" sambil menunjuk ke arah kebun di belakang rumah gajah..

Wednesday, September 3, 2014

BUDAK PALING BIJAK DALAM DUNIA

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.

Mamak : “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia”

Pelanggan : “Naper awak cakap macam tu mamak?”

Mamak : “Awak tgk ni..”sambil memanggil Ajoi datang kepadanya

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”

Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

Mamak : "Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”

Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.

Sumardi : “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”

Ajoi : “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”

Sumardi : “haha ko budak paling bijak dalam dunia”

Monday, September 1, 2014

KENTUT DALAM KELAS


Ajoi seorang murid yang agak nakal. Satu hari dia kentut dengan bunyi yang sangat kuat dengan bau yang hampeh menyengat segera menyebar di dalam kelas. Mana taknya pagi tu dia sarapan telur rebus 2 biji.Baik punya!

Spontan saja Cikgu Amira menyuruh dia keluar kelas sambil memarahinya, tapi Ajoi ketawa terbahak-bahak nyaris berguling-guling. Guru Besar yang berdekatan kelas 6 Raya (kelas si Ajoi ni) terdengar suara Ajai ketawa berdekah-dekah tu, lalu keluar menyiasat apa yang berlaku.

Guru Besar : "Ada apa ni Ajoi? kamu tertawa terbahak-bahak di luar kelas??"

Ajoi : "Lihatlah Cikgu, kesian kawan-kawan saya tu. Mereka sedang menikmati bau kentutku di dalam kelas. Nasib baik Cikgu Amira tu bijak dan menyuruh saya keluar kelas dengan udara yang lebih segar."