Pages

Sunday, June 29, 2014

KENTUT YANG TAK BOLEH DITAHAN


Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.


Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.



Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.



Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. namun karena sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega.



Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.



Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik mengendus-endus di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi,"Doggy!"



Si gadis berfikir, "wah ini bagus!" dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa menit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi.



Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat.



Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, "Celaka Doggy!"



Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, "bagus!" beberapa menit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi.



Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api.



Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, "Celaka Doggy!", cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak diatas kamu!"

Friday, June 27, 2014

SALAH TAFSIRAN


Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."



"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".

Wednesday, June 25, 2014

BIJAK! BIJAK!


Wati pergi ke sungai untuk membasuh pakaian. Sebaik tiba, terlihat olehnya seekor ikan yang menggelepar di atas batu. Wati menghampirinya. Tiba-tiba ikan itu bersuara, "Kalau puan menolong aku, puan akan mendapat apa yang dihajati. Tetapi hanya tiga permintaan sahaja yang dapat dimakbulkan. Tiap kali permintaan dikabulkan, suami puan akan mendapat 10 kali ganda.

Wati: Baiklah, saya mahu kelihatan cantik.

Ikan: Tetapi suami puan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini.

Wati: Tiada masalah. Lalu Wati menjadi wanita yang paling cantik di kampung itu. Permintaan kedua ialah Wati ingin menjadi kaya.

Ikan: Ingat! suami puan 10 kali lebih kaya.

Wati: Tidak mengapa. Wang miliknya akan menjadi milik aku juga. Maka jadilah Wati wanita kaya dengan gelang memenuhi tangan.

"Permintaan ketiga?" Tanya ikan.

"Aku nak serangan jantung yang ringan," jawab Wati.

Monday, June 23, 2014

JENIS-JENIS RAMBUT


1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil. 

7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT 
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan. 
p/s: malas sikat rambut

10) RAMBUT BERUBAN 
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT
macam mana nak kate ye....kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN
itu rambutann... Huahuahuahua...jangan marah...gerammmm tak perrrrrrrrrrggg

Saturday, June 21, 2014

CERITAKU


Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan, pergi memancing kat sungai.Dalam bosan-bosan menunggu ikan, Ahmad berkata, 

Ahmad: aku ada satu cerita. 
Hassan: cerita ape? 
Ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh? Hassan: yela... 

Ahmad pun memulakan ceritanya... 

Ahmad :satu hari aku pergi memburu. 
Hassan : memburu. 
Ahmad : aku masuk ke dalam hutan. 
Hassan : hutan. 
Ahmad : tiba-tiba aku rasa nak terberak. 
Hassan : berak. 
Ahmad : aku berlari ke semak. 
Hassan :semak. 
Ahmad : aku pun berak. 
Hassan : berak. 
Ahmad : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi. 
Hassan : lagi. 
Ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu. 
Hassan : dulu. 
Ahmad : aku lihat tahi aku sudah tak ada. 
Hassan : ada. 
Ahmad : aku pun tertanya-tanya. 
Hassan : tanya. 
Ahmad : siapa makan tahi aku? 
Hassan : aku....

Thursday, June 19, 2014

KISAH SERAM SEJUK


Kengkawan.. nie aku ada satu cerita ngeri aku nak share ngan korang.. kisah nie berlaku kat kawan aku kat Ipoh la.. 

Kawan aku nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung. 

So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje..Then kawan aku nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit so dia nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia.. so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil. 

So esok tu dia ghi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, pompuan semalam  ada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Ahmad nie.. so dalam keadaan seram sejuk Ahmad nie terus aje.. bawak moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit kelmarin.. pompuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad nie so si Ahmad nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tiga lagi tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia.. then pompuan tu cakap kat Ahmad cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini".

Tuesday, June 17, 2014

CARA JAWAB TELEFON YANG BETUL


"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

Sunday, June 15, 2014

CERITA SEDIH LIF ROSAK


Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. 

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.... 

Si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali? 

Si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

Si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik 

Si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita. 

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Si A mula bercerita.... 

Si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla bla bla bla..... 

Punya la sedih mereka mendengar cerita Si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian mereka kembali memanjat sambil Si B pula bercerita.... 

Si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...akudibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla...... 

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita Si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, Si C mula menyampuk 

Si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya. 

Si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...? 

Si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah... 

Si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi 

Si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA 

Moral of the story....jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.

Friday, June 13, 2014

TELUR AYAM SIAPA?


Azhar gemar memelihara ayam dan setiap pagi dia akan mengutip telurnya. Suatu hari dia pergi kekebun dan mendapati ayamnya bertelur di bawah pokok limau jirannya, Herman. Dia menjadi sangat marah apabila ternampak Herman sedang mengutip telur ayamnya. "Hey, jangan ambil, itu telur ayam saya" jerit Azhar. 

"Mana boleh ia bertelur didalam kebun saya, maknanya saya punyalah" balas Herman. "Saya kata itu telur ayam saya" kata Azhar. Mereka pun bertengkar. "Macam ini lah, biasanya keluarga saya akan selesaikan masalah ini dengan beradu kekuatan. Apa kata kita lawan sepak perut, siapa bangun lebih cepat dia menang. Mula-mula saya akan sepak perut awak dulu" kata Azhar. Herman bersetuju dengan cadangan itu. Azhar pun balik kebangsalnya dan terus memakai kasut but. Kemudian dia kembali semula mencari jirannya itu. 

Setelah bersedia Azhar menyepak perut Herman sekuat-kuat hatinya. Jirannya jatuh tersungkur dan berguling-guling menahan kesakitan. Herman mengambil masa 30 minit untuk bangun kembali. 

"Ha, sekarang giliran awak pula" kata Herman yang sudah bersedia untuk menyepak Azhar. "Nanti dulu, ambillah telur ini" kata Azhar dan terus pergi meninggalkan Herman.

Wednesday, June 11, 2014

KISAH TENTERA JEPUN DAN TAHANAN


Pada zaman pemerintahan Jepun, tiga orang cina, Ah Meng, Ah Seng dan Ah Beng telah ditangkap sebab menyeludup. Diorang bertiga nie akan dihukum bunuh oleh skuad penembak. Jadi malam tu diorang pun buat rancangan untuk melarikan diri. Ah Meng kata yang tentera Jepun takut akan bencana alam. Jadi diorang kena buat tentera Jepun tu panik supaya diorang boleh lepas. 

Keesokkannya, Ah Meng menjalankan hukuman bunuh. Skuad penembak berbaris kat depan. Baru jer kapten Jepun tu kata "Ready... aim", Ah Meng terus jerit "Gempa bumi gempa bumi". Tentera Jepun lari bertempiaran dan Ah Meng pun terlepas. 

Lepas tu tiba giliran Ah Seng. Bila jer kapten tu sebut "Ready... aim", Ah Seng terus menjerit "Banjir banjir". Tentera Jepun lari bertempiaran dan Ah Seng pun terlepas. 

Bila tiba giliran Ah Beng, dia pun berfikir, "Hmm, kena sebut pada masa yang sesuai balu(baru) itu askal(askar) lali(lari). Wakaka, manyak bodoh punya askal Jepun." Bila jer kapten tu sebut "Ready... aim", Ah Beng pun terus jerit "Fire fire". 

Apalagi, terus tamat ler riwayat Ah Beng.

Monday, June 9, 2014

PENJUAL TELUR


Di sebuah pasar tradisional. 

Pembeli : "Dik, telur sekilo berapa?" 



Penjual : "Telur ayam atau telur itik?" 



Pembeli : "Telur ayam." 



Penjual : "Telur ayam biasa atau ayam kampung?" 



Pembeli : "Ayam biasa." 



Penjual : "Yang tempatan atau yang import?" 



Pembeli : "Yang tempatan." 



Penjual : "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?" 



Pembeli : "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal). 



Penjual : "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?" 



Pembeli : "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?" 



Penjual : "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang. 

Saturday, June 7, 2014

PERTANDINGAN RATU CANTIK


Satu pertandingan ratu cantik sedang diadakan. Seorang demi seorang wanita cantik keluar ke pentas memperagakan diri sambil diperkenalkan oleh juru acara majlis. 

"Inilah Miss Malaysia"....tetamu bertepuk sambil bersorak 

"Inilah Miss India"....sorakan bertambah gemuruh 

"Inilah Miss China"....semakin rancak tepukan dan ada yang bersiul 

Tiba-tiba tabir belakang pentas terselak dan keluarlah seorang nenek tua bertongkat tercengang-cengang. Nenek itu kelihatannya seolah-olah tak mengerti lansung apa yang berlaku. Sambil berjalan dengan tongkatnya atas pentas, nenek tua itu menggaru-garu kepalanya. 

Keadaan itu membuatkan juru acara tergamam dan spontan berkata 

"Err..dan yang ini pula,...Miss understanding"...

Friday, June 6, 2014

Baby Drum

Thursday, June 5, 2014

PENJUAL KUIH YANG SELAMBER


Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju menghampiri sebuah perkampungan. Di perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuih tinggal berhampiran landasan tersebut yang baru sahaja selesai membasuh kain lapnya yang warna merah. Selesai membasuh.. dia mengibaskan kain tersebut untuk dijemur di pagar berhampiran landasan. 

Dari jauh, pemandu kereta api terlihat seorang wanita dengan kain lap yang berwarna merah yang dikibas-kibaskan. Kerana menyangka perbuatan wanita itu sebagai isyarat bahaya..terus pemandu keretapi membrek dengan mendadak hingga menyebabkan para penumpang keretapi terpelanting dengan dahsyat sekali. 

Apabila keretapi berhenti tepat di depan wanita tersebut... pemandu keretapi terus bertanya "Ada apa Puan?" Dengan selamber wanita itu menjawab..."...yang tinggal cuma karipap dan pulut panggang aje..."

Negro Menyanyi


Monday, June 2, 2014

MATERIALISTIK


Seorang profesional muda sedang membuka pintu kereta BMW nya, tiba-tiba sebuah kereta dengan laju melanggar pintu kereta itu hingga tercabut.


Profesional muda itu memaki hamun kereta yang laju tu dan meratapi kereta mewahnya yang rosak tanpa pintu.



"Tuan, lihat apa yang dilakukan orang gila tadi terhadap kereta saya!" katanya histeria kepada polis yang tiba di tempat kejadian.



"Kamu orang-orang kaya nie benar-benar materialistik, kamu semua membuatkan aku muak!" kata polis. "Kamu begitu bimbang pada BMW kamu, kamu tak sedar ke tangan kamu juga dah hilang sebelah?!"



"Ya Tuhaaaaaaaannn!!!!!" teriak profesional ketika ia melihat lengannya sudah tidak ada lagi.



"Mana jam Rolex-ku?!"