Pages

Saturday, May 31, 2014

3 SAHABAT

Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen. Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal

Bakar: (Sambil ketawa tanpa simpati). Amin, lawanya 'stokin' kau. Beli kat mana? Hahaha...

Husin: (Turut ketawakan Amin). Yela, Besar lak tuh. Boleh masuk 2 kaki sekali. Kahkahkah...

Amin: (Dengan muka sedih). Aku jatuh motor lah.

Bakar: Tu la... Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor.. Hahaha... (Masih lagi gelakkan Amin)

Amin: Tapi, aku jatuh pakai motor kau, Bakar...

Bakar: Tidak!!!.. TZM aku.. Kau kejam, Amin. (Dah menangis..)

Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Husin ketawakan kedua-duanya.

Amin: Lepas tu pulak kan...

Husin: Ha ah.. ( sambil gelak...)

Amin: Aku terlanggar pulak awek kau, Rosnah. Sekarang tengah ICU kat hospital.

Husin: Tidak!!!... Awek aku..( Kali ini dia ni pula menangis..)

Thursday, May 29, 2014

KISAH MALAM PERTAMA

Seorang lelaki bernama Amat yang baru saja menjalani malam pertama bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang
sahabatnya, Mohd. Jamil.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Amat. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

 
"Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Mohd. Jamil ingin tahu.

 
"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan?."


"Ha'ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas berkahwin?"

"Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam."
 
"Ye ke? Apa yang kau dah buat?"

 
"Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku."

 
"Wah, gila kau??!" Mohd. Jamil terperanjat.

 
"Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana.." jawab Amat dengan muka mencuka.

 
"Habis, bagaimana? Isteri kau marah ke?"

 
"Itulah masalahnya," Amat menjawab. "Dalam keadaan separuh sedar dia menjawab, 'Terima Kasih Bang, datang lagi ya'...!"

Tuesday, May 27, 2014

MALAM PERTAMA IBARAT PENJAHAT DAN PENJARA

Sepasang pengantin baru sedang bersiap menikmati malam pertama mereka.

Pengantin perempuan berkata, "Bang, saya masih anak dara dan tidak tahu apa-apa tentang seks. Boleh abang menerangkannya lebih dulu sebelum kita melakukannya?"

"Seks itu senang je., kita ni macam penjara, yang engkau punya tu selnya dan yang abang punya penjahatnya. Di penjara, penjahat harus dimasukkan ke dalam sel," terang pengantin lelaki. Lalu mereka pun mulai bercumbu mengarungi lautan asmara .

Ketika sudah selesai dan si pengantin lelaki sedang berbaring akan memejamkan mata, si pengantin perempuan berkata, "Bang, penjahatnya terlepas."

Pengantin lelaki pun mulai lagi memasukkan 'penjahatnya'. Rupanya si pengantin perempuan syok sangat dengan hubungan asmara yang baru pertama ini ia rasakan. Setiap kali selesai, ia selalu mengatakan bahwa penjahatnya lepas atau melarikan diri, keluar dari selnya.

Setelah banyak kali macam tu, si pengantin lelaki dengan nafas termengah-mengah berkata, "Yang, penjahat yang ini bukannya kena hukuman penjara seumur hidup."

Sunday, May 25, 2014

DOKTOR PAKAR

Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.

"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.

"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul...

Friday, May 23, 2014

JALAN TERKANGKANG


Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang- kangkang.
 
Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" 
Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" 
Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.
 
Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?
Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?
Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.
Orang Tua: Emm... bukan.
Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.
Orang Tua: ...pun bukan.
Pelajar A: Habis tu?
Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang. ..

Wednesday, May 21, 2014

DIALOG ANTARA LEMBU DAN AYAM

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!


Lembu : Kenapa kau kata macam tu?



Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!



Lembu : Hah! Buat apa pulak?



Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak!



Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!



Ayam : ?? Maksud kau?



Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!



Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Monday, May 19, 2014

INSIDEN DI KLINIK SWASTA


Satu hari di klinik swasta... Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.

Doktor: Apa hang dah buat dgn belakang hang ni?

Kudut: Saya keje syif malam. Bila saya balik umah saya kat tingkat 3 pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dlm bilik tido saya. Saya saspex ader org dah tido dgn bini saya. Saya tgk pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bwh dan nampak sorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia... pas tu saya trus angkat peti ais saya dan campak kat lelaki tu. Tu yg sakit belakang sampai skrg ni, doktor.

Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,

Doktor: Uih! Pesakit yg saya tgh periksa ni nampak teruk. Tapi hang lagi dasyat aku tgk... apa dah jadi?

Chet: Saya dah lama menganggur. Ari ni ari pertama keje baru saya. Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tgh saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!

Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkezut bewak...

Doktor: Hang pesal lak ni?

Chot: Saya ada kat dlm satu peti ais. Tetiba jer ader org campak peti ais tu ke bwh dari tingkat 3, doktor!!!

SIAPA PALING HITAM


Alkisah di negara Afrika sana, manusia yang paling hitam adalah yang paling hebat! Hitam dalam erti hitam segala-galanya, itulah Negro Sejati! Ada 3 orang budak kecil yang sedang membandingkan kehitaman bapa mereka. 

Budak 1: "Bapak aku kelmarin sedang mengupas epal, tangannya terluka, DARAH nya HITAM!!!!..""

Budak 2: "Ayah aku semalam sedang betulkan antena, dia terjatuh sampai patah tulang, TULANG nya HITAM !!!" 

Budak 3, tak mahu mengalah: "Hm.. itu belum seberapa, malam tadi waktu kami sedang menonton TV diruang keluarga, tiba-tiba bapak aku KENTUT, tiba tiba seluruh ruangan tu jadi GELAP!!!"

Thursday, May 15, 2014

JANGAN CEPAT MELATAH


Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek. Hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu sempit, lampu jalan tak de pulak. 

Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit. 



Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slow sikit....." 

Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, Pu**mak kau!!!".." Bagerooo..." sedap jer cakap babi...." 

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat.... 
Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut.. 
Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak manakala motosikal nya remuk sama sekali. 

Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuan tadi. 

Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah... tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat depan....hehehehehehe

LESEN P


Ini kisah yang diceritakan oleh kawan aku daripada Kedah, namanya Naspie. Dia kata cerita ini benar-benar berlaku. Kisahnya begini ... seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang motosikal. Adala police road block ...

Polis : "P" mana pakcik?

Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).

Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?

Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging).

Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?

Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah).

Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje

Pak Cik : kan mudah camtu ...

KEAN BIN DI RESTORAN

Kean Bin berada di sebuah restoran terkemuka di Bukit Jambul di mana tiba-tiba sahaja dia merasakan tidak dapat lagi menahan untuk melepaskan gas berada di dalam perutnya.

Ah! Memang sudah terdesak sangat, segenap ruang dalam restoran di penuhi oleh ramai orang.

Dengan orang yang begitu ramai, termasuk amoi-amoi comel yang sedang makan dan berbual-bual, Kean Bin seperti sudah mati akal. Ini mesti hasil dari telur rebus separuh masak yang di makan petang tadi. Lima biji dia hentam tadi.


Sah bau mesti hilang akal punya.

Sistem bunyi restoran itu pula memang sangat-sangat kuat. Ini menambah lagi seksa deritanya.


Tiba-tiba, idea baik datang pada Kean Bin. Mengapa saya tidak lepaskan gas beracun saya ini semasa bunyi tengah kuat, fikirnya. Mesti tiada yang perasan nanti. Timing kena baik.

Semasa rentak muzik berbunyi kuat, Kean Bin tanpa segan silu melepaskan bom super kentut gas beracunnya dengan muka selamba macam tiada apa yang berlaku. 


Oh! Lega amat. Nikmatnya. Fuh, mesti ada yang termuntah. Ha! Ha! Ha! Tapi dia gelak dalam hati saja.

Selesai sahaja minum nescafe ais tadi, Kean Bin dengan pantas bangun untuk balik. Orang ramai semua tengok dia dengan muka semacam. Amoi tadi pun ada, baju basah sebab muntah. Kean Bin meraba telinga dan argghh, rupanya dia tengah dengar walkman. Memang mampus dia kali ini.

Friday, May 9, 2014

PENCURI DAN LEMBU


Sewaktu membawa rumput untuk di beri makan kepada lembunya, Mikail menyedari empat ekor dari dua puluh ekor lembu miliknya telah hilang. Dia terus membuat laporan polis. 

Setelah seminggu melakukan operasi, pihak polis telah berjaya menangkap pencuri tersebut, iaitu Sarapudin. Mulanya Sarapudin tidak mengaku, tetapi setelah polis mengugut akan membawa semua ahli keluarganya ke lokap, Sarapudin mengaku dia terlibat mencuri lembu Mikail.

“Berapa ekor yang kamu curi?” tanya polis sambil memegang kad pengenalan Sarapudin.   

“Seekor saja, tuan,” jawab Sarapudin. 

“Kamu tak tipu?” bentak polis berpangkat sarjan.   

“Betul tuan, saya cuma curi seekor saja.”   

“Tapi menurut kata Mikail kamu telah mencuri empat ekor lembu miliknya,” kata polis sambil memandang tepat ke muka Sarapudin.

“Betul tuan, saya tak tipu, yang saya curi cuma seekor,” jawab Sarapudin membela diri.  

“Kamu jangan cuba berbohong. Mikail kata, akan lepaskan kamu kalau kamu cuma curi seekor. Tapi kamu akan dihukum penjara kalau mencuri lebih dari seekor.”   

“Betul tuan, cuma seekor. Saya cuma mencuri ibu lembu, tetapi bapa lembu dan dua ekor anaknya mengikutinya, tuan. Bukankah berdosa memisahkan sebuah keluarga?”

PAK PANDIR SEMAKIN BIJAK


Pak Pandir bekerja sebagai penoreh getah. Dia selalu mengadu kepada isterinya yang kakinya selalu terpijak duri kerana tidak mempunyai alas kaki untuk ke kebun getah. Lalu isterinya memberikan sedikit wang dan menyuruh Pak Pandir pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut baru. Isterinya berpesan supaya menawar harga kasut sebelum membayar. 

Sesampainya di pekan, Pak Pandir terus pergi ke sebuah kedai runcit. Pak pandir membelek-belek sepasang kasut berjenama Fungkiong. Dia diperhatikan atas bawah oleh tauke kedai tersebut. Setelah mencuba dan berpuas hati kasut sesuai dengan saiznya maka Pak Pakdir bertanya harga kasut tersebut.

Tauke itu memberitahu harga kasut itu enam ringgit setengah. Pak Pandir teringat pesan isterinya supaya menawar harga sebelum membayar.  

Dia pun berkata, “boleh kasi kurangkah tokeh?”

Tauke kedai menjawab, “berapa awak minta kurang?” 

Pak Pandir menjawab, “kasi kurang dua ringgit lah.” 

Tauke kedai menjawab, “okey, pak cik punya pasal saya kasikurang dua ringgit.” 

Pak Pandir dengan perasaan gembira lalu membayar harga yang difikirkannya betul. Tauke kedai menerima duit yang diberi oleh Pak Pandir tanpa banyak soal. 

Sesampainya di rumah, Pak Pakdir bukan main gembira menceritakan pada isterinya perihal dia menawar harga kasut tersebut.

Isterinya bertanya, “berapa harga kasut tu, bang?”

Pak Pandir menjawab, “harganya enam ringgit setengah. Saya tawar tauke kasi kurang dua ringgit. Jadi saya bayar sepuluh ringgit lah.”

Isterinya tercengang mendengar cerita Pak Pandir. Dia bengong bagaimana harga enam ringgit setengah bila ditawar harga menjadi semakin tinggi. Dengan penuh kemusykilan dia bertanya kenapa setelah ditawar harga menjadi semakin mahal.

Pak Pandir selamba menjawab, “harga kasut tu enam ringgit setengah, kalau nak yang setengah lagi tentulah kena bayar dua belas ringgit, dikurangkan dua ringgit jadi sepuluh ringgit lah.”

NAMA TERPANJANG

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Selatan tanah air.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.



Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%

UBAT CACING


Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai contoh kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan
cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan
saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.



"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang
cikgu tunjukkan sebentar tadi??"


Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

Friday, May 2, 2014

LAWAK CARI ISTERI



NAK PANDAI = Cari isteri cikgu
NAK SIHAT = Cari isteri doktor
NAK KAYA = Cari isteri anak tan sri
NAK GLAMOUR= Cari isteri artis
NAK GADUH= Cari isteri samseng
NAK SEMBANG = Cari isteri penceramah
NAK ALIM = Cari isteri ustazah
NAK GEMUK = Cari isteri chef
NAK SELAMAT = Cari isteri polis
NAK STYLO = Cari isteri kaki shopping
NAK MAMPUS = Cari isteri muda yg 1 ofis dgn isteri tua...

Thursday, May 1, 2014

LAWAK PAYUNG TERJUN

Sebuah pesawat yang membawa 5 org penumpang telah mengalami kerosakan enjin dan tinggal masa utk terhempas . malangnya hanya ada 4 beg payung terjun sahaja di dalam pesawat tersebut.

penumpang pertama berkata....

"aku Datuk Lee Cong Wei. Malaysia amat memerlukan aku dalam kejohanan All England."
... lalu dia pun mengambil beg pertama dan terus terjun.

penumpang kedua pula berkata....

"aku mark zukerburg. takde aku, takde mukabuku. so biarkan aku hidup."
lalu mengambil beg kedua dan terus terjun.

penumpang ketiga muncul.....

"aku presiden Amerika Syarikat George W. Bush. Aku ada tanggungjawab untuk menjaga negara dan rakyat. tambahan pula aku seorang presiden yang terpandai dalam sejarah Amerika. Aku juga bla bla bla...
10minit berlalu, dia mengambil beg ketiga dan terus terjun tanpa menoleh kebelakang .

Penumpang keempat pula Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun. katanya :

"aku seorang muslim dan biarkan Allah sahaja yg menentukan nasib ku . kamu ambillah beg payung terjun tersebut dan selamatkan diri kamu.

lalu budak tersebut pun berkata ....

"jangan bimbang pakcik, ada satu lagi beg payung terjun untuk pakcik. presiden yang kononnya terpandai dalam sejarah Amerika itu telah terambil beg sekolah saya"