Search This Blog

Total Pageviews




Geng-geng Regular YouLawak: mystaz, dballmaster, kryst3L, miss(sitihsa), zackjb88, mimiey95, ekal, mfaiz, nucart, ArmadaLog, Blade2982, Fiqryezan, Muskqim, hyuga5, R3x4raider, zamm90, pocee, Mrjohnny96, hanie3589.


Kawan-kawan Chatango: lily, haikal, sn0wflurry, pr00ne, kebanggaanmasa, inahappy, abgokje(abgbusat @ idhamamin), Milkyteddygurl, haninabila, oldcock, bixs, syasyamira, boogiestu, encemlagibesar, balakbesar, jiwarabak, imskodeng, ayeep, izzatt, Arell, gtrNismo, darkclan2, ziex8, Tidakpilus, cibeng, ramli, dani, misstake, dragon.

Wednesday, December 31, 2014

DAGING YANG BOLEH TERBANG & BERENANG SAHAJA

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor : ‘Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang’ 

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? Salim berada di dalam air melatih kambing berenang!!!

Monday, December 29, 2014

SUSU LEMBU


Seorang petani sedang duduk di tangga rumahnya sambil menghisap berkotak-kotak rokok dan merenung jauh ke padang rumput.Seorang jirannya lalu di depan rumahnya dan terus menegurnya.

Usup : Ai… Daud kenapa dengan ko ni? muke sedih jer.

Si petani melihat jirannya dengan nada sedih dan termenung

Daud : Ntah la usop oi,susah aku nak cakap pasal masalah aku ni.

Si Usop duduk mendekati si daud ingin mendengar cerita ape masalah yang dihadapi oleh si daud.

Usop : Apanye yang susah ko nak cakap?Teruk sangat ke masalah ko ni?sampai berkotak-kotak rokok ko hisap hari ni.
Daud : Macam ni, seperti biasa la kan.Aku ke kandang lembu aku tu nak perah susu.Perah punya perah, masa tu dah dekat penuh satu baldi dah.Tiba-tiba kaki kanan si lembu aku ni g tendang baldi susu tu.Habis tumpah semuanyer.

Usop : La pasal tu je ke? ko monyok sampai camni sekali kenape?
Daud : Ntah la Usop, susah aku nak cakap.

Usop : Ape die yang susahnya?cakap je la.
Daud : Aku ikat la kaki kanan lembu aku tu kat tiang dengan tali.Pastu aku sambung perah lagi.Dah hampir
penuh satu baldi, Kaki kiri lembu tu plak tendang baldi susu tu.Tumpah lagi.

Usop : Haaa kena tendang lagi??
Daud : Ntah la Usop susah aku nak cakap kat ko dah.

Usop : Abis tu?ko watpe lagi kat lembu tu?
Daud : Aku ikat la kaki kiri lembu tu kat tiang plak.Pastu aku sambung perah lagi susu tu.Dah nak hampir penuh je, ekor si lembu tu libas lagi skali baldi susu aku.Tumpah lagi susu tu!!.

Usop : Patutla ko monyok je, tapi aku tengok teruk sangat ko ni.Takkan pasal susu tumpah ko sampai berkotak-kotak hisap rokok?
Daud : Tak la usop, susah aku nak cakap kat ko ni.

Usop : Adooiiii, asyik cakap susah nak cakap jer ko ni.Habis tu ko watpe lagi kat lembu ko tu?ko perah lagi ke susunyer?
Daud : Tali aku dah habis guna wat ikat kaki lembu tu.Jadi aku guna la tali pinggang aku ni wat ikat ekor lembu tu. Seluar aku jadi longgar bile takde tali pinggang. Bile seluar aku terlondeh je, tiba2 bini aku datang.

" Bini: Abang buat apa tu!!!!!!! (Bagi pelempang). Dengan lembu pun ada nafsu. Ceraikan saya! "

Daud: Tak sangka pulak aku benda ni boleh jadi macamtu kat aku.
Usop: ????

Friday, December 26, 2014

MENYAMAR JADI MUSLIM


Dua orang Kristian tersesat di padang pasir. Seorang nama David, seorang lagi Michael.Mereka sangat kelaparan dan kehausan.  Tiba-tiba mereka menjumpai sebuah oasis, nampak seperti ada sebuah masjid di tengah-tengahnya.

Daud berkata kepada Michael: 
"Lihat, mari kita menyamar jadi Muslim, kalau tidak kita tidak akan mendapatkan makanan atau minuman.Saya akan menyebut diriku Ahmad."

Michael menolak untuk mengubah namanya, ia berkata: 

"Nama saya Michael,aku tidak mahu berpura-pura menjadi orang lain."

Imam masjid menerima keduanya dengan baik dan bertanyakan nama mereka.

Daud berkata: "Nama saya adalah Ahmad."

Michael berkata: "Nama saya Michael."

Imam pun berkata pada pembantu masjid :

"Tolong bawakan makanan dan air untuk Michael saja."

Kemudian ia berkata kepada Ahmad:

"Ahmad. Saya harap Anda menyedari bahawa kita masih dalam bulan suci Ramadhan."

Wednesday, December 24, 2014

LATIHAN DETEKTIF


Latihan Detektif Mengenali Suspek

SEORANG polis menguji tiga orang yang mengikuti latihan untuk menjadi detektif. Demi menguji kemahiran mereka dalam mengenali suspek, ia menunjukkan sekeping foto bahagian sisi(separuh) seorang penjenayah kepada ketiga-tiga orang tersebut. Orang yang pertama ditunjukkan gambar tersebut selama 5 saat.



"Ini ialah suspek anda, bagaimana anda mengenalinya?"
Jawapan orang pertama, "Itu mudah, kita akan menangkapnya dengan cepat kerana ia hanya mempunyai satu mata!"
Polis itu berkata, "Wah, bukan itu! Itu kerana saya menunjukkan gambar sisinya sahaja. "



Sedikit hairan dengan respons tidak masuk akal ini, ia menunjukkan gambar selama 5 saat kepada orang kedua dan bertanya kepadanya, "Ini ialah suspek anda, bagaimana anda mengenalinya? "
Sambil ketawa kecil, orang kedua berkata, "Ha! Dia akan terlalu mudah untuk ditangkap kerana ia hanya mempunyai satu telinga!"



Polis itu dengan marahnya memberi respons, "Apa yang terjadi dengan kamu berdua? Tentu saja hanya satu mata dan satu telinga kerana gambarnya menghadap ke bahagian sisi! Apakah itu jawapan terbaik yang boleh kalian berikan?!!"



Dia begitu kecewa sehingga semasa menunjukkan gambar ini kepada orang ketiga, ia bertanya dengan suara yang sangat rata, "Ini ialah suspek anda, bagaimana anda mengenalinya? Tolong difikir dulu sebelum memberikan jawapan."
Kelihatan orang ketiga melihat ke gambar itu dan berkata, "Hmmm.. suspek memakai 'contact lens'."
Polis penguji itu terkejut dan tidak boleh berkata-kata kerana ia sendiri sama sekali tidak tahu jika suspek memakai 'contact lens' atau tidak.
"Nah, itu jawapan yang menarik.. tunggu di sini selama beberapa minit sementara saya menyemak file sebenar suspek dan saya akan kembali kepada anda."



Dia meninggalkan bilik dan pergi ke pejabatnya, menyemak file suspek dalam komputer, dan kembali dengan senyum berseri-seri di wajahnya.
"Wow! Saya tidak percaya itu. Itu benar! Suspek sebenarnya memakai 'contact lens'. 'Good work'! Bagaimana awak boleh membuat pemerhatian yang tajam seperti itu? "
"Itu mudah," jawab orang ketiga itu, "Dia tidak boleh memakai cermin mata biasa kerana ia hanya mempunyai satu mata dan satu telinga."
Polis penguji: "???!!"

Monday, December 22, 2014

MEMANDU MELEBIHI HAD LAJU

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datangla sebuah kereta evo7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.

"a'ha rosak " jawap pakcik tu simple aje....

"Ok, cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..

Mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.

Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'



Saturday, December 20, 2014

PANDAI PUNYA HAL


Di sebuah sekolah dewasa yang dirahsiakan namanya,  sekumpulan pelajar dewasa baru memulakan pembelajaran mereka, bermula dgn mata pelajaran Matematik.. sepanjang hari mereka tekun belajar semua asas Matematik..
Bila tamat masa persekolahan, mereka keluar dari sekolah dgn hati gembira & puas hati kerana telah menguasai asas Matematik..
"Seronok betul rupanya belajar Matematik kan", kata mereka berbual sesama mereka.
"Alangkah bagusnya kita mula belajar lebih awal dulu masa muda2 lagi..", kata yg lain.
"Besok kita mesti dtg lagi, tidak sabar rasanya hendak belajar lagi." 
Begitu la suara2 puas hati mereka.
Seorang dari mereka menuju ke keretanya yg diparkir agak jauh dr sekolah dewasa itu.
Di sebelah parkir keretanya adalah sebuah kereta 4x4 double cab. Sebelum masuk ke keretanya, matanya lama terpaku ke tulisan 4x4 itu,
"Kenapa tiada jawapannya ya?"
Lalu dia dengan spontannya mengambil sebiji batu kecil & menulis jawapan 16 di hujung tulisan 4x4 itu. Selepas itu dia memandu pergi dgn sgt senang hati.



Tamat masa bekerja, tuan punya kreta 4x4 itu pun pergi ke keretanya. Dia bekerja di sebuah pejabat berhampiran parkir itu. Alangkah terkejutnya dia melihat keadaan badan kretanya yg telah diguris dengan benda tajam. Dia menyumpah sehabis2nya.
Lalu dia singgah ke kedai aksesori kereta & membeli spray utk menutup gurisan itu.



Besoknya, balik dr sek dewasa, si kawan yg masih parkir kretanya d tpt yg sama terkejut melihat kreta 4x4 yg sama itu telah menutup jawapnnya smlm, "Mungkin jawapan ku salah ya.." Dia mengira sungguh2 supaya tidak silap sehingga puas hati. 'Betullah 16. Kenapa jawapanku dipadam? Oh iya, aku lupa tulis simbol ='. Oleh itu, dia menulis semula jawapan '= 16'.. dan memandu pergi dgn sgt senang hati.



Balik dr kerja, si tuan punya kereta skali lagi mengamuk bila ternampak badan keretanya diguris bgitu. Bila direnung gurisan itu, terdetik di hatinya, 'Betul juga, 4x4=16. Bodoh juga Jepun, buat kereta tulis 4x4 tiada jawapannya.' Lalu dia singgah di kedai aksesori kereta & membeli spray putih. Mula2 ditutup rapi gurisan itu, kemudian ditulisnya cantik2 jawapan '=16'. 'Mesti tukang guris itu tidak akan ada peluang lagi buat jenayah ini', yakininya.



Hari selanjutnya, balik dr sek dewasa, si kwn mencari2 kreta 4x4 yg sama. Dia sgt puas hati bila melihat jawapan nya smlm tidak dipadam malah ditulis semula dengan rapi. 



'Ya begitu la baru betul!' Serunya. Lalu dia mengambil sebiji batu kecil skali lagi & menanda ✔..

Friday, November 7, 2014

LAWAK ROGOL


Salam sejahtera YDH tuan..

Makluman satu kejadian kes samun..

Pengadu: BILLY ANAK LANGKAU

Mangsa: SUTINAH ANAK KAMBU

Butiran kejadian :-

Pada 19/08/14, ketika pengadu pulang ke rumahnya, dapati rumahnya dlm keadaan berselerak. Pengadu terus pergi ke bilik dan dapati isteri pengadu sedang duduk di atas katil. 

Pengadu terus bertanya kpd isterinya apa yg telah berlaku dan isteri pengadu beritahu yang rumah mereka telah dipecah masuk oleh (1)(L) bangsa tidak pasti.

Pengadu terus buat pemeriksaan di bahagian ruang tamu rumah dan dapati tv yg baru dibelinya jenis Samsung 60 inci telah tiada di rak tv. Pengadu telah bertanya kepada isterinya kemana tv itu pergi dan isteri pengadu menyatakan ianya turut dicuri penjenayah tersebut.

Pengadu: tv itu dilarikan, ko diam sajakah ?..

Isteri: iya bang...

Pengadu terus masuk ke dlm bilik yg menyimpan peralatan2 kerjanya dan dapati komputer serta laptop miliknya turut tiada.

Pengadu: komputer sama laptop aku jugak kena curi ?..

Isteri: iya bang..

Pengadu: abis, ko diam sajakah ?..

Isteri: iya bang.. takuutt..

Kemudian pengadu ternampak seluar dalam isterinya di tepi katil dan pengadu perasan yg rambut isterinya kusut masai lantas bertanya kpd isterinya 

Pengadu: engkau dirogolkah ?..

Isteri: iya bang.. huuhuuu ..(sambil menangis konon2nye)..

Pengadu: abis, ko diam sajakah ?..

Isteri: tidak bang.. aku ada guyang jugak sikit2...

Sekian utk makluman tuan..

Wednesday, November 5, 2014

KAPAL TERBANG NAK TERHEMPAS


Alkisah...dalam kapal terbang ada 3 orang penumpang perempuan (orang Indonesia, China dan Negro) yang berhajat melancong ke Negeri Sabah.

Ditengah perjalanan pesawat terbakar dan akan jatuh terhempas.

Dalam keadaan cemas tiba2 perempuan Indonesia tadi mengambil bedak dan gincu justeru berdandan cantik sekali, penumpang China dan Negro menjadi hairan, lalu bertanya “kenapa berdandan?”
Perempuan Indonesia menjawab “Biasanya kalau pesawat terhempas orang yang pertama sekali ditolong kan yang paling cantik.”

Perempuan China disebelahnya menjadi bingung kerana tidak membawa bedak dan gincu , lalu dia mengangkat skirtnya sampai paras pinggang. Perempuan Negro disebelahnya bertanya, “Kenapa awak angkat skirt awak sampai tinggi begitu?” Dia menjawab, “Biasanya kalau pesawat terhempas yang pertama sekali ditolong kan yang paha putih seperti saya.

huhuhu...perempuan Negro menjadi tertekan mendengar
kata perempuan Indonesia dan China itu. Lalu perempuan Negro tersebut membuka pakaian dan telanjang bulattt….. semuanya kelihatan hitam legam. Perempuan Indonesia dan China terkejut seraya bertanya, “Kenapa telanjang bulat?” Dengan selamba perempuan Negro itu menjawab..

“Biasanya kalau pesawat terhempas yang paling pertama
dicari kan KOTAK HITAM.”

Monday, November 3, 2014

DIALOG DOKTOR SAKIT JIWA & PESAKIT

Doktor- "Apa yang kamu bawak ni?"

Pesakit- "Ini ialah buku yang saya hasilkan. 500 muka surat semuanya."

Doktor- "kamu tulis 500.. muka surat.!!! Apa yang kamu tulis??"

Pesakit: "Muka surat pertama saya tulis tentang seorang raja sedang menunggang kuda .. menuju ke sebuah hutan. Dan dalam muka surat terakhir saya tulis raja itu pun selamat tiba ke hutan tersebut."

Doktor-"wow hebat!! Muka surat 2 hingga 499 apa yang kamu tulis?..". 

Pesakit-"saya tulis; tigdik tigdik tigdik tigdik....
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik....
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik..."
tigdik tigdik tigdik tigdik....
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik....
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik..."
tigdik tigdik tigdik tigdik....
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik....
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik.... 
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik..."
tigdik tigdik tigdik tigdik....
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik.... tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik....tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik.... tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik.... tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik.... tigdik tigdik tigdik tigdik.... tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdi tigdik tigdik tigdik
tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik.... tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik....tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik.... tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik....tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik.... tigdik tigdik tigdik tigdik.... tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik.... tigdik tigdik tigdik tigdik.... tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik...tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik.... tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik....tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik.... tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik.... tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik.... tigdik tigdik tigdik tigdik.... tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik.. tigdik tigdik tigdik tigdik.... tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik. Tigdik tigdik tigdik tigdik tigdik..."

Doktor- "hmm... siapa yang akan baca cerita kamu ni?" 

Pesakit :"Takpe,masukkan dalam blog, gerenti ramai yang 

Friday, October 31, 2014

SIAPA PEROMPAK SEBENAR?


Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: 

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan
senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang
lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda
dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak
wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting
daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk
keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan.
Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah
lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil
dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?

Wednesday, October 29, 2014

MELAPOR ISTERI HILANG

Seorang suami membuat laporan di balai polis ttg kehilangan isterinya :

Suami: Isteri saya keluar rumah dari siang tadi tapi sehingga jam 9 mlm tadi dia belum pulang ke rumah... (dgn nada kerisauan)

Inspektor : Pukul berapa keluar rumah?

Suami : Saya tak perasan tetapi sebelum makan tengahari rasanya..

Inspektor : Umur isteri?

Suami : Oh.. Umur? Mmm tiga puluh... Tiga puluh dua...

Inspektor : Berapa ketinggian isteri?

Suami : Tak pasti tapi ketinggian dia paras bahu saya

Inspektor : Kurus atau gemuk?

Suami : Err.. tak kurus juga. Sederhana rasanya.

Inspektor : Warna kulit?

Suami : Mmm... agak cerah

Inspektor : Warna rambut?

Suami : Dia selalu tukar warna rambut jadi saya tak ingat. Maaf...

Inspektor : Pakaian yang isteri pakai semasa keluar rumah?

Suami : Tak ingat tuan. Tapi biasanya blouse dan seluar

Inspektor : Warna baju?

Suami : Tak perasan tuan..

Inspektor : Dia memandu kenderaan semasa keluar rumah?

Suami : Ya betul. Kereta saya..

Inspektor : Boleh bagi nombor kereta, jenis, warna, spesifikasi?

Suami : Spesifikasi? Ok... BMW F30 model 335i M Sport  Coupe keluaran facelift 2013. Nombo plet BJL 335. Asal warna Sophisto Grey tapi saya dah wrap minggu lepas Frozen Blue Monte Carlo. Bumbung, cover cermin, spoiler belakang dan skirting carbon fiber... Rim BBS model CHR limited edition depan 19 inci lebar 8.5inci rim belakang 20 inci lebar 9.5 inci. Tayar depan belakang Pirelli P Zero Corsa buatan Itali... Brek Brembo Signature caliper warna emas... Cermin kereta jenama V Kool model Deluxe tinted cermin depan telus cahaya 70%, cermin belakang tinted telus cahaya 50% dan cermin kiri dan kanan telus cahaya 40%. Semua cermin tahan ultra violet 97%. Boleh pakai Smart Tag. Exhaust Supersprint. Bumper depan ada kemek sebesar duit 10sen kena langgar kapcai pada hari raya China kedua dan jugak ada sikit calar sepanjang 2.5inci di diffuser belakang. Kereta baru saya wax 6 lapis pakai Meguairs Carnauba Wax Platinum di Cars International Mid Valley 2 hari lepas.

….dan tiba-tiba si suami menangis...

Inspektor: Jangan sedih encik. Saya akan cari BMW encik...