Post by GilerKentang.
Blog YouLawak Ini Bertujuan Untuk Buatkan Hidup Anda Hari Ini Lebih Ceria Dari Semalam... Errr
Pages
▼
Friday, November 29, 2013
Gajah Dan Semut
Seekor gajah jantan tiba2 pengsan selepas seekor semut betina melintas ditelinganya.
Setelah sang gajah tersedar, maka ia pun mendengar suara gelak ketawa sahabat2 gajah yg lain sambil berkata :
Sahabat gajah : "sungguh kau telah memalukan kaum gajah ! Bagaimana mungkin kamu sampai pengsan hanya kerana seekor semut ??"
Maka gajah jantan pun menjawab : "kalau hal ini terjadi pada kamu semua tentu kamu semua pun akan terkejut hingga pengsan seperti sy."
Sahabat gajah: "kalau bole kami tau apa sebenarnya yg telah dilakukan makhluk kecil itu ?"
Gajah jantan: "memang dia tak melakukan apa2, dia cuma berlalu sambil membisikkan sesuatu padaku begini katanya "WAHAI GAJAH, SESUNGGUHNYA AKU SEDANG HAMIL DAN KAMU LAH AYAHNYA".
Sahabat gajah : pengsan semua.........
Wednesday, November 27, 2013
Tak Jadi Culik
Ayah: Kau balik naik kereta sape tadi hah??
Anak: Tak tau la, diorang cakap diorang tuu penculik
Ayah: Hah! Penculik!? Habis kenape diorang hantar kau balik plak??
Anak: sebab saya bagitau pekerjaan ayah laa
Ayah: ape yg kau bagitau kt diorang??
Anak: Saya cakapla ngan jujur yang ayah nie pemalas, keje tido jer, penganggur, makan sekali sehari itupun nasi dengan kicap, tuu yang diorang hantar balik, nie hah siap belikan nasi goreng dan bagi RM10 ni buat belanje sekolah..

Monday, November 25, 2013
Buku Sad Ending
Kisah Sedih Suami : Kenapa Sayang menangis? Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.. Suami : Buku apa? Isteri : Buku bank abanglah..
Saturday, November 23, 2013
Lawak Bulan Madu
Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. CT, SERI, MURNI dan SURI.
Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.
CT berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman, MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.
Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat". Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.
Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis "KFC". Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis "HINGGA MENJILAT JARI". Berbahagialah si CT tu rupanya kata mereka.
Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis "PEPSI". Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis "NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR". Bahagia juga si SERI rupanya.
Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang bertulis "STANDARD CHARTERED". Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu "BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!".
"Bahagianya si MURNI tu bang," kata Mak Minah pada Pak Mat.
Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran dari SURI. 2 minggu, tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya yang bertulis "AIR ASIA".
Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.
Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.
"Bahagia ke si SURI tu bang?" tanya Mak Minah pd Pak Mat.
"Ntah…" jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.
"APA MOTTO IKLAN TU" tanya Mak Minah lagi.
Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap "7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!"

Friday, November 22, 2013
Thursday, November 21, 2013
Lawak Rumah Baru
Ada sebuah keluarga akhirnya dapat pindah ke rumah baru iaitu sebuah banglo mewah.
Beberapa hari kemudian, anak bongsu yang berumur 5 tahun bertemu dengan jiran lama.
"Bagaimana ye rumah barumu ? Tentu selesa dan besar " tanya si jiran lama.
"Ya, memang best. Kami 3 beradik punya bilik masing-masing. cuma kasihan mama sebab tetap saja sebilik dengan papa." jawab si anak mulus.

Orang Asli Dan Polis
Orang asli : Selamat pagi tuan
Polis : Selamat pagi
Polis : apa hal
Orang asli : saya nak buat repot tuan
Polis : fasal apa tu
Orang asli : kawan saya di baham harimau
Polis : pukul berapa
Orang asli : dia tak pukul, terkam
Polis : habis?
Orang asli : tak habis, tinggal kepala

Tuesday, November 19, 2013
Menjilat Mayat
Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..
"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu. "Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu. "Sekarang, cubakamu buat", kata pensyarah itu. Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata.... "Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk" |
Sunday, November 17, 2013
Dialog Ayah dan Anak
Kisah Lucu: Dialog Ayah dan Anak
Ayah : nak, tolong ayah belikan minuman sejuk ya... Anak : coca cola atau pepsi ? Ayah : coca cola.. Anak : tin atau botol ? Ayah : botol.. Anak : besar atau kecil ? Ayah : hoi !! Pegi beli je la..!! Anak : natural atau mineral ? Ayah : MINERAL !!!! Anak : biasa atau sejuk ? Ayah : PENYAPU MANA PENYAPU ??!!! Anak : penyapu bulu atau pnyapu lidi ? Ayah : ARRGGHH... MCM CKP DGN BINATANG !!! Anak : monyet atau lembu ? Ayah : KELUAR KAU DARI SINI...!!! Anak : sekarang atau besok ? Ayah : SEKARANG !!!! Anak : ayah nak ikut ke tak ? Ayah : Karang ade jugak yg aku bunuh !!! Anak : bunuh pakai pisau atau tembak pakai pistol ? Ayah : tembak pakai pistol !!! Anak : dikepala atau diperut ?? Ayah : ARGHHHHHHHH !!!!(ambil pistol tembak kepala sendiri) |
Friday, November 15, 2013
Tongue Twister - Karangan Huruf P
Arahan:
Buat karangan menggunakan huruf 'P' tidak kurang 120 patah perkataan..
Puiii!?? Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.
Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.
Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!
Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .
Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....
Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam !
Penamat...Perghhhhh

Sunday, November 3, 2013
Hidup 6 Minggu Saja Lagi
Seorang lelaki bernama Harun memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, saya minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.
"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"
Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, Harun mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".
Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"
"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."
---- sumbangan: Amin

Saturday, November 2, 2013
Mat Rempit
Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.
Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.
Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,
Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.
Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.
Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?
Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!
---- sumbangan: PDRM

Friday, November 1, 2013
Cincin Berlian VS Kereta
Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.
Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"
Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."
sumbangan: Kamal