Search This Blog

Total Pageviews




Geng-geng Regular YouLawak: mystaz, dballmaster, kryst3L, miss(sitihsa), zackjb88, mimiey95, ekal, mfaiz, nucart, ArmadaLog, Blade2982, Fiqryezan, Muskqim, hyuga5, R3x4raider, zamm90, pocee, Mrjohnny96, hanie3589.


Kawan-kawan Chatango: lily, haikal, sn0wflurry, pr00ne, kebanggaanmasa, inahappy, abgokje(abgbusat @ idhamamin), Milkyteddygurl, haninabila, oldcock, bixs, syasyamira, boogiestu, encemlagibesar, balakbesar, jiwarabak, imskodeng, ayeep, izzatt, Arell, gtrNismo, darkclan2, ziex8, Tidakpilus, cibeng, ramli, dani, misstake, dragon.

Wednesday, September 23, 2015

SMS Hari Raya Korban dan Himpunan SMS Lawak Dan Lucu Hari Raya Aidiladha

Esok kita akan menyambut hari raya korban atau juga dikenali sebagai hari raya aidiladha. Sudah menjadi seperti kemestian setiap kali musim perayaan mesti ramai yang akan sibuk menghantar SMS lawak ataupun ucapan lucu sempena Hari Raya Korban atau Aidiladha untuk sanak saudara ataupun rakan-rakan kita. Berikut ialah beberapa koleksi SMS lawak sempena Hari raya aidiladha atau Hari Raya Korban. SMS Kreatif Hari Raya Aidiladha | SMS Hari Raya Korban ini seperti di bawah.. 

__________________________________
Biasanya Bila ayam dah tak selera makan, kambing pula resah, lembu pura2 buat gila, unta jer nampak cool, tu tandanya raya korban dah dekat. SELAMAT HARI RAYA KORBAN
__________________________________
ku pegang kau punya… kau pegang ku punya kuramas kau punya… kau ramas ku punya kugoncang kau punya… kau goncang ku punya (saspen) kemudian kita goyang bersama. itulah tanda kita bersalam mesra, SeLaMaT HaRI RaYa Aidiladha…
__________________________________
ISNIN cari SELASA, nak tanya nampak tak RABU, agar ingatkan KHAMIS beritahu, JUMAAT supaya tak lupa, mesej kat SABTU yang AHAD dah raya!!!
__________________________________
Tolong doakan ye… Akhir2 ni hampir setiap malam kat depan rumah aku ada orang lalu…. dia tengok2 jer…. bawa pisau, bara api dan ketulan2 daging…. Seram betul. Dia jerit….. SATE!…. SATE!t. SELAMAT HARI RAYA KORBAN
__________________________________
Bila ayam dah tak selera makan, kambing pula resah, lembu pura2 buat gila, unta jer nampak cool, tu tandanya raya korban dah dekat. SELAMAT HARI RAYA KORBAN
__________________________________
Allahu akbar 3x! Berita penting, harap sebarkn! Pasti tjadi! Kita akan bemandi darah d sluruh negara. Kpd semua org islam, siap sedia & asah parang, keris, pisau dll dr skrg hingga 19hb ini, Kita akan sembelih lembu, kambing,kerbau,kibas dan unta. Kita buat sop.Slmt Hari Raya Qurban..maafzahirbatin.
__________________________________
Bunyi lembu mcm mana? moOO…. bagus, bunyi kambing mcm mana? mbeEKK… bagus2 tahniah esok anda boleh dijadikan korban. SELAMAT HARI RAYA AiDiLADHa
__________________________________

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMOGA TAKBIR YANG BERGEMA MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN BERSAMA-SAMA ERTI PENGORBANAN SEBENAR.

Monday, July 6, 2015

KANCIL vs HARLEY

Seorang lelaki sedang memandu sebuah kereta kancil.. Tiba2 seorang penunggang harley davidson memotong dia sambil menjerit 

"bro!! Kau pernah bawak harley tak??

Pemandu kancil merasa bengang. 

"berlagak betul!! Baru bawak harley je pon!" 

pemandu kancil yg bengang itu trus tekan minyak dan potong harley itu semula. Masa die potong tu penunggang harley tu jerit lagi 

"bro!! Kau pernah bawak harley?" 

skali lagi pemandu kancil itu bengang. Tiba2 penunggang harley itu potong kancil itu semula dan jerit...

"bro!! Kau pernah bawak harley?" 

bertambah panas la pemandu kancil itu. X lama kemudian penunggang harley itu accident tertonggeng atas divider. Pemandu kancil itu pon berhenti utk tengok keadaan penunggang harley. Dlm keadaan tertonggeng penunggang harley itu bertanya lagi 

"bro!! Kau pernah bawak harley?" 

pemandu kancil itu pon jawab.. 

"kau nie dh la tertonggeng mcm nie pon msih ni berlagak?"

penunggang harley nie pon menjawab..

"aku bkan ni berlagak la... Aku tanye kau pernah bawak harley tak? Aku nk tanya yg sebenarya break die dkat mana...?..

Sunday, June 28, 2015

LELAKI BUTA & PEMILIK RESTORAN

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran berkenaan pergi ke arah lelaki buta itu dan menghulurkan menu.

"Encik, saya kan buta, saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yg telah digunakan pengunjung restoran ini, saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tau masakan apa yg enak untuk dipesan," kata lelaki buta.

Amin pun mengumpulkan beberapa puluh batang sudu yg belum dibasuh dan berikannya kepada lelaki tersebut.
"Saya nak ikan patin masak asam, daging goreng kicap, sayur keladi masak lemak cili padi," kata lelaki buta itu selepas mencium sudu-sudu berkenaan.

Terkejut Amin, memang ketiga-tiga masakan itu adalah menu kegemaran para pengunjung restorannya!
Beberapa hari kemudian lelaki buta itu datang lagi dan meminta utk mencium sudu-sudu yg sudah digunakan. Masalahnya ketika itu hanya tinggal sebatang sudu saja yg telah digunakan utk makan menu lainnya.

Amin pun berikan sudu itu kpd lelaki buta tersebut. "Bau sudu yg ini sedap juga, seperti baru digunakan utk makan kerabu sotong gan sayur kailan dan ikan siakap tiga rasa..." kata lelaki buta.

Tepat sekali! Lelaki buta itu utk ketiga kalinya datang semula ke restoran Amin beberapa hari kemudian. Bagaimanapun, dia datang pd waktu pagi sebelum ada seorang pun pengunjung yg datang. Ketika itu juga tidak ada sudu bekas diguna yg boleh diberikan utk dihidu oleh lelaki buta.

Tiba-tiba Amin terfikir utk mengenakan lelaki buta itu. Dia pun pergi ke dapur dan menghampiri isterinya yg menjadi tukang masak di restoran itu. Amin berikan sebatang sudu dan berkata, "Yati, garu sudu ni kat ketiak awak tu."
Yati terkejut. "Apalah abang ni, mengarut je!" kata Yati, tidak faham. "Alah... ikut ajalahhhh, untuk kemajuan restoran kita ni," balas Amin, terus memaksa. Mahu tidak mahu, Yati menenyeh dan menggonyoh- gonyoh sudu tersebut di celah ketiaknya yg berpeluh.

Amin membawa sudu tersebut kpd lelaki buta yg sedang duduk menunggu. Lelaki buta itu pun mencium sudu berkenaan. Hidungnya kembang kempis. Mukanya berubah.

Tiba-tiba lelaki buta itu menoleh ke arah Amin dan berkata...
"Saya tak sangka makwe lama saya, Yati bekerja di sini. Boleh saya jumpa dia, encik?"

Muahhhahahahah...!!!